Sunday, April 8, 2012

Majlis Perkahwinan 7 April 2012



7April2012 memang hari yang paling sibuk pada aku.Bayangkan hari ini sahaja aku ada 4jemputan sekali gus.Majlis perkahwinan kawan baik aku Tasha & pasangannya Faiz berlangsung sama dengan majlis perkahwinan anak boss tempat aku bekerja.Majlis Tasha di adakan di Kampung Melayu Majidi Baru sementara majlis anak boss aku di adakan di Ritz Carlton Singapura.Nak mengelakkan jalan sesak di tambak Johor dan bebellan exercutive kat tempat kerja aku,aku terpaksa bertolak awal ke Singapura.Tak sempat pun nak tengok si Tasha bersanding sebab datang terlalu awal di majlisnya.Selain majlis ini ada dua lagi majlis yang tak dapat aku hadiri.Majlis potong jambul anak saudara Geena & Ika denngan majlis kenduri Arwah Zam Ipoh yang ke 100hari.
Hujan lebat seawal jam 330petang aku bertolak masuk ke Singapura jam 4petang , dan perlahan-perlahan drive ke Kota Singa.Kesesakkan di Tambak Johor memang telah di duga.Lewat jam 530petang aku tiba di Ritz Carlton Mellenia Singapura.Kelas kan buat majlis kawin anak perempuan dia kt hotel 5bintang ini.Menantu lelaki dia duduk kat London,jadi selepas perkahwinan ini mereka akan berpindah ke London.Jam 630petang pendaftaran & refreshment di adakan di ruang legar ballroom.Sebanyak 100meja telah di tempah dan pintu ballroom hanya di buka pada jam 730Malam.

Meja aku cuma di penuhi 8orang sahaja.Rata-rata kehadiran lebihi 80% kedatangan.Makanan pula di hidangkan secara buffet.memang banyak pilihan makanan,tetapi di sebabkan sampai awal sebelum majlis makan,perut aku kenyang makan kacang & chip yang di sediakan bersama refreshment jam 630petang tadi.Aku suka manisan yang di sediakan oleh hotel ini,sangat sedap dan manis.Konsep majlis perkahwinan anak perempuan boss aku ini berkonsep Hindustan & Panjabi.Mungkin sebab keluarga anak menantunya berketurunan Panjabi sementara dia berketurunan Pakistan.Sepanjang majlis kami di persembahkan dengan tarian Hindi & panjabi sahaja.Jam 1030malam aku dah tak larat nak tengok lagi,jadi aku bergerak pulang ke Singapura.Jam 1220malam aku tiba di Johor Bahru.Tak sempat untuk menghadiri majlis di rumah Geena dan di rumah arwah Zam.Nak buat macamana jadual perjalanan aku hari ini memang padat.

SELAMAT PENGANTIN BARU TASHA & FAIZ
SELAMAT PENGANTIN BARU TASNEEM & PASANGANNYA
ALFATIHAH JUGA BUAT ARWAHYARHAM MOHD IDZAM

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....