12 April 2012
Aku mengambil cuti separuh hari kerana mahu ke Singapura dan kemudian esoknya akan ke Jakarta.Jadi selepas jam 1Petang,aku pulang terus ke rumah dan bersiap-siap untuk ke sana.Bertolak jam 430petang dengan menaiki MPV Abang Md Shah melalui tambak Johor.Kami menyewa Hotel 81 Joo Chat Road di Singapura dan tiba di sana jam 7Malam.Rupanya terdapat banyak Hotel 81 di sekitar situ.Sampai tersalah masuk hotel lagi.Nasib baiklah MPV abang Md Shah bercermin gelap,Masuk ke MPV terus gelak malu.Selepas meletakkan barang di dalam bilik hotel yang kecil itu (harga RM170 semalam dah macam harga 4 Star hotel kat JB).Kami pun bergerak ke East Coast Beach untuk makan malam di sana.Satey & air di belanja oleh Roslie,sementara makanan sampingan tangunggan sendiri.

Dah puas dengan aktiviti memakan,kami pun bergerak jalan perlahan-lahan sambil menghirup udara pantai di East Coast Beach sambil melihat orang berjogging dan menaiki basikal.Aktiviti bergambar juga tidak di lepaskan.
Aktiviti di sambungkan ke Marina Bay sambil bergambar dan melihat ke indahan kotaraya Singapura di waktu malam.Nak di jadikan cerita sebelum kami dapat menyaksikan pancutan air dari atas bangunan ke kolam shopping mall tersebut.Jam 1230 tengah malam aku pulang ke hotel 81 untuk beradu tidur bersama-sama Abang Md Shah & isterinya Kak Ros dan juga Firas.Berhimpit-himpit lah kami berempat di bilik tersebut macam sardin..hehehe.
13 APRIL 2012
Jam 530pagi aku telah tersedar dan bergilir-gilirlah kami ke bilik mandi untuk bersiap-siap ke Lapangan Terbang Changi.Sampai di lapangan terbang seawal jam 630pagi.Daftar masuk kemudian berlegar-legar di dalam balai berlepas sambil membeli-belah.Di Lapangan terbang ini juga di sediakan Taman pokok Cactus.Sambil-sambil menunggu untuk berlepas sampat juga bergambar di sini.
Kapal terbang berlepas jam 850pagi dan mengambil masa satu jam setengah untuk ke Kotaraya Jakarta.Setibanya di Terminal 3 Jakarta,aku terus mencapai teksi dan ke hotel tempat kami menginap.Hotel Cipta adalah hotel yang telah di tempah oleh aku 2minggu sebelum berlepas.Lokasinya sangat strategik sebab berada di tengah-tengah Jakarta Pusat.Untuk ke tempat membeli belah juga berhampiran.Cuma air di dalam kamar mandi yang kurang bertenaga.Selain daripada itu tiada di sediakan kelengkapan teh/kopi di dalam bilik.Tapi apa pun keseluruhan bilik kamar nampak selesa.Lepas sahaja daftar masuk ke bilik,kami berjalan ke shopping mall berdekatan.Tetapi di sebabkan perut sudah lapar,kami berhenti rehat makan di salah sebuah kedai makanan halal cina yang berdekatan.Makanannya sangat standard.Aku memilih Nasi putih telur ayam tomato iaitu telur yang di goreng bersama tomato.Selepas makan bermulalah operasi jelajah bandaraya Jakarta.Dari Sarinah shopping mall kami ke The Plaza untuk membeli belah di Hard Rock Cafe sambil lepak-lepak minum & makan aiskrem di sana.Jam 8malam (waktu Jakarta) barulah kami pulang ke hotel.Tapi sebelum itu kami ke 7-Eleven untuk membeli makan malam untuk di makan di bilik hotel.
14 April 2012
Memulakan aktiviti kami pagi ini dengan sarapan pagi di hotel.Selepas jam 9pagi kami mula bergerak ke Tanah Abang dengan berjalan kaki sejauh 5km bagi melihat sendiri suasana pagi masyarakat di sini.Betul kata orang,jauh berjalan luas pemandangan.Lihat dan fikirkan sendiri dan bersyukur dengan apa yang kita ada di sini berbanding mereka di sana,Pasar Tanah Abang memang cukup terkenal dengan barangan tekstilnya yang jauh lebih murah dari di Malaysia.Kesemua barangan di jual secara borong.Aku membeli 2telekong dan baju batik untuk kakak ipar dan abangku yang telah mengirim wang sebelum aku ke sini.Jam 1perang aku penat berjalan dan terus keluar dari tempat yang sesak itu dengan menaiki teksi ke Grand Indonesia Shopping Mall pula.Terus mencari restaurant untuk melepaskan kelaparan ku.Restaurant Korea menjadi pilihan kami.Iaitu restaurant Han Gang di tingkat 5 pusat membeli belah tersebut.
Setelah puas makan di sana,kami ke ruang legar di tingkat yang sama bagi meyaksikan pula pancutan air berirama di sana yang sangat menakjubkan.Bergambar dan bershopping baju sedikit di sana sambil melihat pamiran jualan kereta sport.Penat saja kami lepak dan melepaskan dahaga di Kafe Spennille.Dekat 2jam jugalah kami di sana,sambil berinternet.
Selepas itu sempat juga kami membeli tiket wayang untuk menonton filem Battleship berhampiran Plaza Sarinah.Panggung wayangnya sangat bagus dengan screen melengkung dan kerusi yang empuk.Harga tiket IDR40,000 sekitar RM14.Tamat sahaja menonton aku ke McD 24jam di Plaza Sarinah,tapi di sebabkan orang terlalu padat,kami melepak makan di Kafe 7-Eleven sahaja.Pulang ke hotel sudah jam 130pagi.
15 APRIL 2012
Bersarapan seawal jam 830pagi.Selepas daftar keluar dari hotel kami meneruskan penjelajahan ke Tugu Monas iaitu aktiviti wajib lawat kalau ke Jakarta.Kawasan yang luar di tengah-tengah kotaraya Jakarta ini penuh dengan masyarakat yang datang beriadah.Cuaca yang sangat panas dengan suhu mencecah 35celcius,menbuatkan aku hanya ingin duduk di bawah pokok yang redup sahaja.Lawatan di teruskan ke Pasar Manga Dua untuk menghabiskan baki duit-duit yang tak habis lagi.Jam 1130pagi kami ke kafe berdekatan dengan hotel untuk minum & berinternet (wajib buat).
Sampai lah jam 1petang perut pun dah lapar lalu ke Restaurant Minang untuk makan Nasi Minang.Habis penuh meja kami dengan hidangan yang enak-enak.

Jam 230petang bertolak ke Lapangan Terbang Jakarta.Kapal terbang kami delay di sebabkan kehadiran lapangan terbang di Jogjakarta mengalami masalah.Jam 930malam baru kami tiba di Changi Airport sambil di sambut oleh Roslie & Azie untuk membawa kami pulang ke Johor Bahru
.....RUMAHKU SYURGAKU.....
.....RUMAHKU SYURGAKU.....
No comments:
Post a Comment