Friday, December 28, 2012

Berangkai-rangkai di Asam Pedas Clapot UTM


RA masih lagi dalam mood bercuti-cuti Malaysia menghabiskan cuti tahunan RA sampai 31Desember ini.Jadi ingat bila dah tak ada aktiviti lain tu nak tidur je lah hari ini di rumah.Lagipun kan hari ini Jumaat,nak gie Solat Jumaat lagi kan.Entah kenapa pagi ini tergerak nak bukak Whatapps kat telefun bimbit nak tengok kot-kot ada rancangan yang nak di buat oleh gang-gang mengeteh RA.Dapat kiriman dari Abang Chu dia mengajak ke Asam Pedas Claypot UTM pulak.Haa apa lagi hari makan sedunia lah gamaknya.Jam 11pagi dah ke Gim mengambil Nik dan anak-anaknya kemudian bawak diaorang semua ke UTM.Abang Chu dan Faiz memang dah kat kawasan sana jadi tak payah nak susahkan pasal diaorang.Tepat jam 1130pagi kitaorang tiba kat Gerai dalam kawasan UTM yang menjual Asam Peas Claypot.Nasib baik tak berulat menunggu artis jemputan RA sampai hehe.

OK memandangkan Gerai Asam Pedas Claypot ini terletak di dalam UTM,hargnya pun memang berpatutan dan bersesuaian dengan permintaan pelajar lah.Harga semangkok Asam pedas Ikan pari yang RA pilih ini berharga RM12 sahaja.(tidak termasuk nasi dan air lah).Berbaloi kan? ikut harga kemampuan pelajar jugak lah kan.Nasib baik jugalah cuaca tengahari tu redup dengan angin sepoi-sepoi,kalau tidak mau berlengas RA.RA pilih sebelah ikan Pari + Sekeping Ikan Merah pulak pilihan artis jemputan RA (siapa lagi kalau bukan Razif Yunus) dan bahagian ekor Ikan Merah pulak Nik dan anak-anaknya amik.Semua harga makanan siap dengan air kami berharga RM67.80 jek.

Jam 1tengahhari kami semua bergerak ke kawasan Masjid di dalam UTM tu jugak untuk menunaikan Solat Jumaat bersama-sama.Si Akmal pulak cakap perut dia dah senak penuh dengan makanan sampai tak leh nak sendawa katernya.Naik tergelak RA mendengarnya hehehe.Bagi Nik dan anak yang sorang lagi tu si Faiz (kecik),Abang Yunus telah menunjukkan kepada dia tempat yang bersesuaian untuk berehat sambil menanti kami semua selesai solat.Tapi sebelum nak bersolat,kitaorang tetap bergambar jugak.


Alhamdulillah dapat juga kami semua menunaikan fardu solat Jumaat berjemaah.Cuma yang RA muskilkan sewaktu imam membaca doa selepas khutbah pertama dan ke dua,suara orang yang mengaminkan doa tu tak bergema dengan kuat macam di masjid-masjid yang lain.Nak kata masjid ini tak penuh,tapi masjid penuh.Yang hadir pulak rata-rata pelajar-pelajar yang muda belia lagi.Takkan la takde stamina nak kuarkan suara kot? Apapun di harap ia tidak akan berlaku lagi yea.Malulah masjid yang penuh dengan orang-orang muda tapi bila mengaminkan doa dari Imam, suara bergema tu tak bermaya langsung.

 RA sempat singgah ke kedai cenderahati UTM untuk membeli T-Shirt.Memang cantik t-shirtnya warna merah lagi (berani mati kan pakai merah).Ada harga diskaun pulak tu.Harga biasa RM25.00 tapi lepas di tolak diskaun harganya RM18 jek.Haa yang ini bergambar lagi.Asik bergambar je lah kalau ikut artis pop yeah yeah nie.hehe

 Bila dah pukul 230petang kitaorang tak tahu nak buat apa.Akhirnya RA cadangkan kita semua ke JPO (Johor Premium Outlet).Nak beli kasut katanya,tapi bila dah dua tiga kali kuar masuk kedai Nike dan Adidas RA jadi tak berkenan,jadi cuci mata je lah jawapnya.Kesian kat Akmal kena teman RA cari kasut.Tapi ada orang tu sempat beli barang kat Padini kau.huhuhu.

Tapi takpe RA belanja semua minum air tahu manis sebelum bertolak balik ok.Nah terhidang lagi kau.Macam kerja jadi Pramugara pulak rasanya.

 Dalam perjalanan nak ke tempat letak kereta RA terjumpa moto kawan RA ini.Apa lagi,melaram la sekejap kat moto dia.Amacam korang ado?? huhu

Wah Akmal,lawan tokeh nampak?

 

Aktiviti berangkai di teruskan ke Simpang Renggam pulak dalam misi menghantar Faiz Besar balik ke rumahnya.Kami ikut jalan lama Kulai - Air Itam siap lalu depan kawasan tempat yang bernama Kelapa Sawit lagi nie.Sampai kat simpang nak masuk ke rumah Faiz,keluarganya dah siap menunggu.Jadi kami turunkan dia di simpang masuk ke Felda layang-layang sahaja.Lepas tu meneruskan aktiviti mengisi perut di gerai tepi jalan Air Itam-Kulai ini.Ada Sup Gear Box lah.

 Bukan tu je ada cempedak goreng,Tempe Goreng,Sukun Goreng,Keledek Goreng dan goreng-goreng yang seangkatan dengannya.

 Saat ini perut RA dah mula senak maklumlah perut dah penuh dengan makanan dari tenghari tadi.Jadi Abang Yunus hanya amik semangkok Sup Gear Box dan di kongsi dengan RA,Nik dan anak-anaknya.Perut dah makin senang,jadi kami bergerak pulang ke Johor Bahru seperti ular kekenyangan.Saat ini teringat kat bantal je,nak tidur.Berakhirnya aktiviti berangkat RA hari ini.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....