Sunday, December 16, 2012

Kehijauan Di Majlis Kesyukuran

Di kediaman flora yang penuh kehijauan,RA telah menghadirkan diri untuk majlis kesyukuran rumah keluarga Abang Mork & Kak Aziani di Taman Flora Pulai.Jam 1petang RA selamat tiba sambil menunggu rakan-rakan yang lain sampai.Macam biasalah artis jemputan RA hari ini masih belum tiba lagi,penat kot semalam merewang kat sini sampai ke malam.Ini adalah sebahagian daripada meja hiasan yang berkonsepkan taman kehijauan.Segala-galanya berwajah hijau pada petang itu sampaikan tetamu pun di minta mengenakan baju mengikut tema.

Makanan orang Melayu seperti kueh apam (di balut dengan daun),Tapai,Kueh seri muka,Nasi Beriani berlaukkan ayam masak merah,Daging masak kurma berserta pelbagai air jus dan Teh panas mengisi perut RA yang sememangnya lapar nak makan tengahari.

Saat RA tiba majlis membaca yasin baru sahaja selesai,maaf yea tuan rumah tak dapat hadir awal sebab ada urusan di rumah dan diluar yang hendak di buat tadi.Apapun selepas sahaja azan Zohur majlis berzanji di mulakan dan di akhiri dengan nyanyian nashid dan doa selamat.

Akhirnya artis yang di tunggu-tunggu pun tiba walaupun lewat jam 150petang.Maklum lah semalam memenuhi undangan tuan rumah untuk rewang katernya.(apa yang di rewangkan? entah lah)

Yang ini pulak artis arus perdana yang mengikut tema baju hijau pada petang itu.(beli kat East India katernya-jauhkan..)

Bersama-sama rakan perut kenyang pun boleh jadi lapar semula.Sambil makan sambil ambik gambar bagus.Gambar pun boleh jadi cantik dan bagus.(nak gambar cantik ke bagus?)

Artis jemputan RA tu senyum besar walaupun mulut mengomel sebab duduk kat meja belakang.(muka dia orang tak nampak katernya)

Memandangkan kami yang sampai dulu maka kami makan la dulu,lepas tu dapat lah bergambar banyak sikit.Dah sihat dan boleh berjalan pun anak teruna Nik & Fuad yang baru sahaja berkhatan minggu lepas.

Acara yang ini acara kegemaran artis jemputan RA.Acara amik gambar beramai-ramai.Masa ini peminatnya masih tak nampak dia duduk satu meja dengan kitaorang.Tapi bila peminat dah nampak,dia terus berpindah ke meja hadapan.Tahu-tahu dah nak balik dah hehe...Yelah orang nak bergegas ke KL pulak atas undangan yang lain.

Jam 3petang kami semua meminta izin dengan tuan rumah untuk pulang.Tak sangka pulak RA ada hadiah untuk pakaian terbaik untuk kategori lelaki dan wanita.Bawak pulang ke rumah lah nampaknya hadian tu.hehe

Acara sebelum pulang ialah acara bergambar beramai-ramai tanda kami sudah tiba ke rumah ini (macam edisi Jalan-jalan cari makan pulak)

Terima Kasih yea tuan rumah atas jemputan dan layanan mesra kepada kami.Moga di majlis kesyukuran ini anda sekeluarga beroleh keberkatan,kesihatan dan rezeki yang bertambah.InsyaAllah!!!

2 comments:

wakgelas said...

dah matcham kenduri kawen kann.. ehhhee, salam wak ziarah

RioAzzaro said...

yea wak.dah mcm majlis sambut menantu....15tahun lagi kot...salam wak...

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....