Saturday, December 15, 2012

JJTW : Ber Hobbit di TGV Bukit Indah

J.J.T.W : JALAN JALAN TENGOK WAYANG

HOBBIT

 

Filem terbaik yang di tunggu-tunggu dan penutup untuk tahun 2012 iaitu Hobbit telah pun melabuhkan tirainya Khamis lepas.Bersama teman-teman,RA ke TGV Bukit Indah untuk menonton filem ini malam semalam.Tayangan bermula jam 845malam tetapi di minta berkumpul di hadapan panggung wayang jam 830malam. 

 Jam sudah pun menunjukkan 832malam tetapi pengerusi majlis dan yang lain-lain masih belum lagi tiba.Nasib baik ada tempat menunggu di sini,dapat juga RA melabuhkan badan untuk berehat sekejap.Sambil menunggu semuanya tiba,RA ke kaunter makanan untuk membeli Air & makanan.Ternampak papan hiasan filem ini RA tidak melepaskan peluang untuk bergambar.

 Filem ini pulak akan di tayangkan tahun depan,pasti takkan di lepaskan.Baiklah,menceritakan sedikit tentang filem Hobbit,ia mengesahkan pra-sekual dari kesinambungan filem Lord Of The Ring.Merupakan pengembaraan Bilbo pakcik kepada Fredo dan juga permulaan cerita bagaimana penemuan semula Cincin Sauron yang hilang.Di samping itu mengesahkan bagaimana kejatuhan bangsa Dwarf (orang kerdil) yang di ceritakan dalam episod pertama Lord Of The Ring.Kita akan teruja dengan imej penjanaan perkampungan Hobbit dan bunian.Filem yang panjangnya 2jam 30minit ini penuh dengan aksi yang mendebarkan.

Acara bergambar beramai-ramai memang tidak di lepaskan.Aktiviti merewang selepas tengok wayang terpaksa di batalkan atas sebab artis jemputan tertidur menunggu.kwang kwang kwang.

 

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....