Tuesday, May 14, 2013

JJNM : Nasi Lemak Speaking London

J.J.N.M : GERAI NASI LEMAK SPEAKING LONDON 

@ BANDAR BARU UDA - JALAN PADI 2 @

Pagi ini ada orang kata nak belanja RA makan sarapan di "Warong nasi lemak speaking London" Bandar Baru Uda.Jadi dari tengah malam lagi dia dah beritahu awal-awal agar jangan ada yang terlajak tidur.Katanya jam 8pagi,tapi bila tengok di luar kedai satu kereta kawan-kawan RA pun takde.Untuk pengetahuan semua warong ini terletak berhadapan kedai elektronik Lionmas Jalan Padi 2.Nampak kan kedainya tu terletak di belakang rumah dan balai raya.Kek pisang yang Abang Yunus janji malam tadi nak bawak tu jangan lupa yea.

Kalau nak tahu kenapa RA panggil Warong ini Warong Nasi Lemak Speaking London ialah sebabnya tuan kedai warong inilah.Pak cik ini pandai cakap Ingeris tau.Peramah, kelakar dan pandai amik hati orang pulak tu hehehe.Suka lah orang dari UTM tu bila datang sini sebab di kipas oleh pak cik nie heeee..

Nah amik kau seperiuk nasi lemak menanti pengunjung yang ingin makan di sini.Ada pelbagai lauk untuk di pilih antaranya Mee Goreng,Telur , Sambal Udang ,sotong dan telur puyuh , Kangkung Belacan, Paru dan ayam goreng berempah.Pilih je lepas tu bayar.

Yang ini RA tak tau nak cakap apa.Si Fuad amik Nasi Lemak ala Nasi Lemak Ambang katernya.


RA sekadar amik Nasi Lemak + Ayam Goreng + Telur rebus sahaja lah.Bukan apa sebab kat rumah tadi ayah RA dah beli sarapan pagi.Tu dia abg nus makan mee soto jek katernya.

 

Suka lah tu dia gambar dia dapat amik sorang je.Memang tak aci.Nasi Lemak dengan Mee Soto tu hehe.

Haaa nie dia si Sofia anak Azie & Olie.Biasalah budak-budak memang susah sikit nak makan makanan macam ini.Tapi abis jugak lah akhirnya.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....