Akhirnya hari yang di nanti-nanti oleh orang-orang politik telah pun tiba.Hari ini adalah hari mengundi untuk semua rakyat Malaysia.Istilah pengundi hantu memang dah lama bermain setiap kali pilihan raya,termasuklah pilihanraya ke 13 kali ini.Mungkin juga Hantu Kak Limah atau pun hantu "I Know What you Did Last Summer" atau mungkin jugak hantu ayam ada di sana nanti..hehe.
Hari ini RA mengundi bagi bahagian Pengkalan Rinting untuk kerusi DUN dan bahagian Pulai untuk kerusi Parlimen.Apapun bangun pagi-pagi kena basuh baju yang bertenggek-tenggek dalam bakul yang belum di basah dulu.(RA cuci baju kotor seminggu sekali).Jam 11pagi RA dah tercongok di beranda rumah sambil menunggu hujan berhenti.Jadi terus menuju ke Sekolah Agama Dato Omar Yusuf untuk mengundi.Nasib RA baik sebab RA dapat bilik mengundi no 4 yang memang tak ada orang lansung yang beratur sebaliknya bilik-bilik lain RA tengok penuh dengan ramai orang.Tak sampai 5minit urusan RA pun selesai.Sempat jugaklah jumpa kawan-kawan sekolah lama termasuklah seorang kawan sekolah lama RA yang sedang bertugas menguruskan bilik mengundi kepada pengundi.
Mereka semua ini sudah dan akan mengundi.Termasuk lah peserta nyayian Ghazal,En Moktar dan isterinya.Artis veteran seperti Md Yunus dan Kak Ning Ros pun tidak ketinggalan meluangkan masa untuk mengundi.Kak Rovita & Nik yang paling awal mengundi.Tapi sebelum mengundi kena makan sarapan dan kemas rumah dulu, kater-kater seorang penyair radio.
Jam 1145pagi selepas abis sahaja RA dan bapak RA mengundi, kami mengisi perut di Kampung Desa Rahmat untuk makan tengahari.Lapar lah sangat.Kena dengan Pari Bakar + Lala masak Halia dan sayur kacang campur beserta air sirap limau perrghhh menjilat jari
No comments:
Post a Comment