Petang semalam selepas sahaja tamat waktu berkerja RA singgah untuk minum petang di Komplek Mawar bersebelahan Thistle Hotel.Dengan keadaan jalan yang basah dan jem sana-sini,akhirnya sempat juga RA sampai jam 630petang.Di sebabkan tiba lambat maka banyak juga makanan yang di jual sudah habis.Nasib baik Nik dan abang Yunus ada simpankan Nasi Ambang.Dapat jugak RA menjamah makanan petang itu.
Goreng pisang kat sini memang sedap sebab ianya di goreng ranggup dan menjanjikan (lagi) sampaikan ada orang sanggup bersesak beramai-ramai asalkan dapat tempat duduk hadapan (meja tu muat untuk 5-6orang sahaja).Begitulah penangan dan cara kalau makan goreng pisang kat sini.Tak kira yea di mana-mana,sesi bergambar memang tak habis-habis.
Beginilah gamaknya sesi bergambar artis-artis Retro di acara minum petang semalam.(Retro lah sangat)
Akmal dan "PAKCIK" Morknya (artis arus perdana jek)
Nik (Model Zumba Clark Hatch) dan buah hatinya si Faiz
Azie (chef selebriti "Kek Itu") bergambar dengan permata hatinya
Shami bergambar dengan artis kesayangannya.Siapa lagi kalau bukan Razif Yunus.(ala Juara karaoke PlazaMart 1995,1996 & 2000 tu)
Majlis bersurai jam 715malam sebab matahari dah pun melabuhkan tirainya untuk beradu.Hujan renyai-renyai mula membasahi bumi Johor Bahru malam itu.
No comments:
Post a Comment