Pagi-pagi dah bangun sebab hari ini RA akan ke Felda Papan Timur yang berhampiran dengan Desaru untuk menghadiri jemputan majlis perkahwinan sepupu RA di sana.Rancangan nak ke sana mengunakan lebuhraya Senai-Desaru untuk menjimatkan masa.Bertolak jam 1030pagi dan kami tiba jam 12tengahhari.Terlewat sedikit sebab mencari lokasi rumah makcik RA yang amat sukar menjumpai jalannya.Tapi macamana pun memang menjimatkan masa dengan mengunakan lebuhraya ini.Inilah jambatan yang menghubungkan Tanjung Pelepas dengan Bandar Penawar.Jumlah masa perjalanan cuma 1jam 5minit sahaja.
Sampai dah pukul 12tengahari perut pun dah lapar , jadi apa lagi makan lah jawapnya.Ada Nasi minyak,Nasi putih,Mee Hoon Goreng,dan bubur cacar.Air istemewa "White Coffee".
Jam 130petang selepas azan Zohor kami pun bergerak pulang ke Jb sebab petang nanti RA nak masuk Singapura jalan-jalan kat sana pulak.Inilah dia Abah RA (baju biru) bergambar dengan adik tirinya (satu ibu) Mak Cik Zahrah & suaminya pakcik Talib (baju hijau).Yang kat sebelah abah tu pulak sepupu dia.(lupa pulak RA namanya),maklumlah jumpa pun hanya setahun sekali dan bila ada majlis je.
No comments:
Post a Comment