J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
KEDAI MAKAN KAK MIDAH
KOTA TINGGI
Selamat pagi semua....Pagi pagi lagi RA dah merayap ke Kota Tinggi.Haa kalau ke Kota Tinggi jangan lupa singgah di Kedai Makan Kak Midah nie.Seawal jam 1030pagi Kak Midah dah sediakan menu masakan kampung tengahari yang pasti menyelera dan menjanjikan.
Lokasi memang senang nak jumpa.Masuk je dari simpang nak ke Kota Tinggi jalan terus selang 2minit dah jumpa kedainya di tepi jalan berhampiran Taman Daiman Jaya.
Nampak tak Asam Pedas dia...ada pelbagai jenis Ikan Asam Pedas yang di sediakan.Ikan Tengiri,Ikan Sembilang,Ikan Pari ada juga Ikan Parang tau.
Lauk pauk yang lain tak usah cakap lah.Penuh meja dengan pilihan makanan yang ada.Tak tau RA nak makan yang mana satu.Semua kegemaran RA.
Siput Gong-Gong , Lokan , Lala , Ketam , Sotong , Kupang , Paru , Udang semua nya ada di sini.Harga sangat-sangatlah berpatutan.
Semua harga menu di sini di letakkan harga berhampiran makanan.Jadi jangan bilang abang tak payung yea.
Jemput tengok...agak-agak kalau lapar jemput la jilat skrin tu hehehe.Kalau lapar datang la kat sini.RA berani jamin memang tak mengecewakan.
Memandangkan kami tiba pagi , memang tak jangka nak makan tengahari di sini.Rencana nya cuma nak singgah makan sarapan.Tapi bila dah nampak lauk yang di hidangkan Abang Mad terus amik asam pedas kegemaran dia.
Alhamdulillah kenyang kami , walaupun RA cuma jamah sikit-sikit je lauk tengahari nie.Lepas ini nak sambung perjalanan ke Mersing.Nanti kat Mersing nak makan lagi hehehe.Bagi yang ke Kota Tinggi singgah la makan di sini.Memang sedappppp!!!!
No comments:
Post a Comment