Al-Fatihah buat Arwah Ayah RA Hj Abu Bin Abdul Hamid
Kembali ke Rahmatullah pada 14Oct17
Masih lagi dalam seasana bersedih , tetapi RA terpaksa memujuk dan mengubati hati sendiri dengan membawa diri ke Mersing.Terima Kasih pada Kak Ros, Abang Mad dan Aqila anaknya yang sudi menemani RA ke Mersing.Tak sangka kat Mersing sekarang sudah ada Muzium sejarah.Terletak di tengah-tengah bandar Mersing , bangunan asal sebelum ini merupakan pejabat pentadbiran Daerah Mersing dan agensi kerajaan yang terakhir mengunakan bangunan ini ialah Majlis Daerah Mersing sebelum di serahkan kepada Yayasan Warisan Johor untuk di jadikan Muzium Mersing.
Banyak tinggalan sejarah terdapat di sini , dari barangan semasa kesultanan Melaka dan Johor hingga lah pada zaman perang Jepun.Koleksi tembikar paling banyak di tayangkan di sini.
Banyak manuskrip-manuskip lama , surat-surat perjanjian lama dan cara hidup masyarat Mersing juga di tunjukkan kepada pengunjung.Masuk ke Muzium ini adalah percuma dan di buka setiap hari dari jam 9pagi hingga 445petang kecuali Jumaat di tutup.
Tahniah Yayasan Warisan Johor yang berjaya menguruskan Muzium ini.
Ruang lobi utama di Muzium ini dia sediakan sofa dan TV menceritakan hari Permahkotaan Sultan Johor.Lobi muzium ini sangat-sangat mewah yea.
Tak jauh dari Muzium RA ke pantai-pantai di sekitar Mersing.Antara pantai-pantai yang popular di sini ialah Pantai Air Papan , Pantai Penyabung , Pantai Pasir Lanun , Pantai Endau.Gambar di atas ini RA ambil di Pantai Penyambung.
Tak jauh dari pantai penyabong ini ada warong yang menjual ikan & udang goreng tepung tau.sedap macam kat tepi laut di Terengganu tu...Harga pun takde lah mahal sangat.
Ini resort paling baru di Penyabong iaitu Penyabong Warisan Resort.
Resort ini bukan di tepi pantai , terdapat kolam di hadapan resort yang sesuai untuk memancing.Nak kepantai kena lah memandu sekitar 5minit kehadapan.
Resort kat sini agak baru , jadi kalau nak buat tempahan pastikan buat tempahan seawal mungkin.
Ini adalah salah satu lokasi rahsia di Mersing.Nak tahu kenalah cari sendiri.hehehe
Pemandangan sawah ini dapat di lihat semasa perjalana ke Pantai Air Papan.
Ini pun salah satu lokasi rahsia di Mersing.Carilah pasti anda akan berjumpa
Masa ini ari tengah surut tiba pun dah nak senja.Lepas amik gambar terus balik ke Johor.
No comments:
Post a Comment