Hari ini kena liburkan diri dari duduk diam di rumah baik jalan-jalan ke Pulau Kukup.Nasib baik lah ada kawan baik yang dua orang ini nak teman RA keluar.Kami bertolak jam 230petang dari Skudai dan tiba jam 330petang di Jeti Pekan Kukup.Memandangkan ini adalah lawatan pertama kali kami ke Pulau Kukup kami main redah je ke sini.RA di tegur oleh salah seorang pengusaha bot yang menawarkan perkidmatan ke Pulau Kukup.Harga tiket bot ialah RM5 seorang untuk pergi dan balik.
Perjalanan dari Jeti kukup ke Pulau Kukup mengambil masa 20minit.Di sepanjang perjalanan mata di sajikan dengan deretan kelong-kelong yang berhampiran perkampungan Nelayan Cina Kukup.Sesetengah kampung ini di jadikan "homestay" bagi sesiapa yang berminat untuk memancing dan bermalam.
Setelah hampir 15minit,kelihatan perhentian bot Pulau Kukup tak jauh dari bot yang kami naiki.Saat tiba dah pukul 4petang.Pegawai taman negara memberitahu yang mereka akan tutup taman negara ini pada jam 450petang dan lawatan terakhir ialah sebelum 4petang.Memandangkan RA dan yang lain-lain dah tercongok depan kaunter tiket mereka benarkan juga masuk dengan syarat kena keluar dari Pulau Kukup sebelum 445petang.
Taaaaraaaa....inilah dia antara mercu tanda Pulau Kukup yang baru di bangunkan.Memandangkan kami tidak mempunyai masa yang agak panjang,perjalanan kami menjelajah pulau ini pun sepantas kilat.
Amik gambar apa yang patut sambil menikmati suasana hutan paya bakau yang agak tenang di sini.
Harus di ingat 100% pulau ini di penuhi tanah paya dan lopak.Jadi laluan kayu di bina bagi pelawat menikmati keindahan semulajadi hutan paya bakau di sini.
Dataran ini terletak di tengah-tengah Pulau Kukup.
Pelbagai binaan baru di bina bagi kegunaan dan keselesaan penguna.Di Pulau Kukup ini terdapat banyak monyet yea.Jadi pastikan jangan bawak plastik bag berisi makanan.Memang akan di rampas oleh monyet-monyet liar di sini.
Laluan kayu ini panjang juga,sekitar 3-4km jauh ke dalam.
Video ini di ambil ketika RA melalui laluan ke Menara Pemerhati yang setinggi bangunan 4tingkat.Amboi Cik Kumtum terkedek-kedek ye dia berjalan nak cepat.
Tak perlu risau kasut dan pakaian anda tidak akan kena lumpur jika ke sini.
Inilah menara pemerhatinya.Jika nak naik hati-hati sebab ada bahagian kayu yang agak rapuh sedikit.Nombor telefun yang tertera di tiang ini adalah no telefun bot penumpang yang membawa kami tadi.Jika nak balik dia bilang suruh telefun je nanti dia akan datang.
Dekat-dekat jam 450[petang baru kami selesai melawat.Masa tu hampir-hampir kami tertinggal bot yang dah separuh jalan untuk pulang ke jeti.Nasib baik ada no telefun ini, bot kemudian berpatah balik dan mengambil kami.
Lega-lega...kalau tidak kami terpaksa lah menumpang bot petugas-petugas taman negara untuk balik ke tanah besar..hehe.
Selamat tinggal Pulau Kukup.RA pasti akan datang lagi ke sini.Tempatnya indah,nyaman dan tenang sekali.
Sebelum kami tiba ke Jeti pemandu bot membawa kami singgah melawat kelong ikan di sini.Puas hati dapat tengok pelbagai spesis hidupan laut yang mereka ternak.
Nak tahu apa yang mereka ternak? boleh tengok di video yang RA rakamakan ini.Kami selesai lawatan ini terus ke Pontian untuk makan malam di sana pulak.
6 comments:
brp caj ke taman negara ni
RM5 SEORANG UNTUK TAMAN NEGARA
RM5 SEORANG UNTUK BOT KE SANA
Bagaimana nak kesana?
drive ke kukup...tiba di jetti kukup tanya orang di kaunter untuk ke pulau kukup..nanti mereka akan tunjukkan bot yg mana sdatu ke pulau kukup
Harga tiket naik bot ke sana brpe,
Berapa harga tiket bot dgn pancing skrg
Post a Comment