JALAN - JALAN NAK MAKAN (J.J.N.M)
RESTORAN SELERA TRADISI BURASAK,LEPAT LOI DAN KETUPAT
PONTIAN , JOHOR
Hari ini RA nak berkongsi satu kedai makan yang menyajikan masakan tradisi Masyarakat Johor yang selalunya dapat masa Hari Raya jek.Kedai ini terletak di tengah-tengah Bandar Pontian.Menariknya ia menyajikan Ketupat , Rendang , Lodeh , Ungkep , Asam Pedas , Burasak , Lepat Loy dan serunding semuanya di bawah satu bumbung.
Lebih maklumat tentang lokasi boleh tengok kat peta di atas ini.
Dari tepi jalan je dah nampak ketupat berderet-deret tergantung dalam kedai ini.Betul-betul membangkitkan selera orang yang lalu lalang di hadapan jek.Yang berbungkus-bungkus kat atas meja ini lah Lepat Loy dan Burasak.
Burasak ni memang kegemaran arwah ayah RA.RA sendiri mula jatuh cinta dengan Burasak masa datang beraya umah arwah makcik di Benut 5tahun lepas.Makan dengan asam pedas memang tak pandang orang kiri kanan lagi dah.
Kena pulak dengan Asam Pedas Ikan Parang.Ini Burasak 5 ketul ini RA makan sorang laju je abis.
Tambah lak dengan Ungkip Daging nie.Meleleh lah korang tengok yea.Memang puas hati makan di sini , cuma kalau korang datang dah lewat petang banyak lauk yang akan habis.Sebaiknya datang tengahari dan sebelum kul 3petang.
Tapi kalau ketupat dan kuah lodeh tu rasanya stok mereka sentiasa ada.
kami berempat je makan di sini.Tu pun lepas balik dari Pulau Kukup.Sampai pun dah kul 6petang.Jadi lauk yang ada tu lauk korek-korek terakhirlah.
Masa kuar makan kat sini Arwah awah baru meninggal dunia 4hari.Apa pun kita yang hidup ini mesti meneruskan hidup.Bila makan Burasak ni mesti terkenangkan arwah Ayah.Moga arwah ayah tenang dan di cucuri rahmat di sana.
Oh yea.Kedai makan ini juga penah mendapat anugerah usahawan cemerlang tau.Adalah dia letak anugerah ini kat meja bayaran dia.Makan petang kami berempat kalau tak silap dalam RM65.Alhamdulillah kenyang.Korang kalau nak rasa makan Burasak mai la datang sini.
No comments:
Post a Comment