Friday, January 31, 2020

Sun Cruise dalam kenangan

 Semalam RA belek-belek album lama,maka terjumpalah gambar 20tahun yang lepas.Masa ni RA masih muda remaja lagi le hehe.Kami sambut ulang tahun syarikat tempat RA berkerja di atas kapal pelayaran Sun Cruise.
 Kalau tak silap RA gambar ini di ambil pada lewat tahun 1998.Masa nie RA bekerja dengan syarikat Ambassador Travel & Tours di Singapura.Syarikat kami merupakan agent tunggal yang menjual pakej Sun Cruise di Singapura.Jadi di sebabkan itu,syarikat Sun Cruise telah menaja kesemua pekerja menaiki kapal persiaran ini selama 2hari 1malam.
 Ok tapi bukan cerita itu sahaja , kapal pesiaran ini merupakan seangkatan dan gahnya setanding Star Cruise yang masih ada sekarang.Kisah Sun Cruise ini berakhir pada 20May1999 yang mana ianya tengelam di sebabkan terbakar di Selat Melaka berhampiran Pulau Pinang.
 Kisah ini menjadi tajuk berita utama di dada-dada akhbar ketika itu.RA termasuk seluruh warga Ambassador Travel terkejut mendengar berita ini.
Yealah mana tak nya sebab kami baru je menaiki kapal ini dan selang beberapa bulan mendengar ianya terbakar dan karam.Syarikat kapal persiaran ini baru beroperasi sekitar tahun 1997 dan akhirnya karam dan tutup operasi setelah kejadian tersebut.Banyak juga RA dengar desas desus mengatakan ianya sengaja di bakar kerana syarikat ini telah lama mengalami kerugian.Tak dapat lah RA nak pastikan betul atau tidak , cuma yang dapat RA katakan kenangan manis berada di kapal persiaran ini adalah yang pertama dan sukar di lupakan oleh RA.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....