Hari nie memang jadual RA agak sibuk.Dari awal pagi tadi RA telah bergegas ke Serdang menziarahi kenalan rapat yang baru sahaja meninggal dunia awal pagi tadi.Walaupun tidak sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir tapi sempat juga sampai ke pusaranya saat Iman selesai membaca talkin.Moga rohmu Abang Sani Bin Hashim di cucuri rahmat.
Pulang dari melawat RA ke Muar untuk menghadiri majlis perkahwinan anak salah seorang kenalan di sana.Tahniah buat Izni dan pasangannya.
Pulang dari Muar terus pecut ke Kempas menghadiri majlis makan malam kami sekeluarga merangkap majlis ulang tahun abang sulung RA.Semua yang hadir di kalangan keluarga terdekat sahaja , anak-anak dan cucu-cucu saudara dan adik beradik.
Satu yang RA suka makan kat Rayan Corner nie layanannya pantas dan makanannya sedap.Kami kesemuanya mengambil 9meja dan makanan yang di minta sampai kurang dari 20minit.
Alhamdulillah Abang Sulang RA abang Man belanja kami makan malam ini.Kami mengambil 7 x set menu untuk 5-6orang makan.Ada Siakap tiga rasa , Baby Kailan Ikan masin , Ayam paprik , Tomyam seafood,Telur dadar , Nasi Putih & Air Buah.
Ada yang tambah satay dan Aiskrim lagi tu hahaha.
Haa ini RA kenal kan Cucu sedara RA.Budak paling lasak berjalan nie.Abis satu meja dia kejar kucing haha.
Ini la keluarga RA...Hanya tinggal kami Berenam sahaja yang tinggal.yang bersama budak kecik nie la abang sulung RA dan budak kecik nie Cucu sedara kami.Cucu kepada kakak no2 kami.
Haa semua berkumpul abis meriah satu kedai.Sempat bergambar sekeluarga sebelum masing-masing pulang ke rumah.RA pulak esok pagi nak bangun awal nak ke Rembau.
Haa ini antara gelagat-gelagat cucu-cucu sedara RA..Macam-macam gaya ada.
Termasuk yang dua ini.Masing-masing macam sebaya.Moga dapat berjumpa lagi di perjumpaan yang lain yea...
No comments:
Post a Comment