Thursday, November 24, 2011

Ke Singapura Edisi Cuti Sekolah

Kami ke Kota Singa pada 23November yang lepas sempena cuti sekolah.Memang dah lama tak masuk Singapore,so ada masa sesekali masuk lah.Honestly aku penah kerja Singapore hampir 3tahun,tapi selama itu aku tak pernah ke Marina Parade,tempat di mana ada Singa Laut mengeluarkan air dari mulutnya.hehe.Bersama family abg Mat & Kak Ros,Kami bertolak dari JB jam 10Pagi.Sampai Singapore kami parking kereta di Suntec City Mall kemudian berjalan kaki ke Promenade seterusnya ke Marina Parade tempat di mananya Singa Laut terngaga kuar air dari mulutnya dan Bangunan yang ada kapal di atasnya.Meriah senyum lebar keluarga Abg Mat & Kak Ros yea.



Kami ke Mt Faber untuk melihat pemandangan Singapura dari atas gunung mengadap Sentosa Island dan Kotaraya Singapura.Berhenti sebendar ke Henderson Wave melihat jambatan unit yang menghubungkan Mt Faber dgn salah satu gunung di sebelahnya (lupa lak nama gunung yg sebelah tu).Cuba lihat pic kt bawah nie...unik tak?Yang nie lak gie bersama Family abg mat & Olie + Abg Yunus sekali.

 Gambar nie di ambil dari Marina Bay Hotel & shopping Mall.Malam tu di depan shopping complex tu ada pertunjujan pancutan air berirama & lazer.Duduk-duduk sambil menyaksikan keindahannya.




Daripada sana kami ke Orchard Road pula bagi melihat lampu-lampu hiasan sempana Krismas yang akan menjelang tiba.Memang meriah dan mengasikkan melihat lampu-lampu neon di sepanjang jalan Orchard Road yang telah di pasang termasuk di bangunan.Malam tu jugak berlakunya Gerhana Bulan.Memang indah pemandangan malam itu.



Tak lupa juga lawatan ke Sentosa Island.Ada yang nak mandi manda walaupun tak bawak baju spare,dan ada jugak yang mencuci mata.Cuba cari berbezaan yang paling ketara antara gambar-gambar di sini....sapa dapat jumpa dia dapat hadiah misteri....cer cuba cer cuba...

 

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....