Siapa bilang Johor Bahru ini membosankan?? Bagi yang tak tahu berjalan dan suka duduk rumah tu memanglah akan cakap Johor Bahru ini membosankan.Tapi tidak pada RA.Semalam RA berkesempatan menonton perlawanan Ragbi antara Universiti yang di adakan di Padang Glam sebelah Dataran Bandaraya atas ajakan teman mengeteh RA Nik dan Fuad.Katanya anak saudara dia dari Universiti Putra Malaysia main untuk pertandingan Ragbi.Haaa ini lah dia anak saudara lelakinya.
Pertandingan Ragbi 7 Sebelah hari ini antara UPM (Serdang Angels) dengan MPV (tak tahu lah pulak RA MPV tu nama penuhnya)
Orang cakap kalau takut luka atau cedera ketika main sukan ini jangan sesekali berangan nak masuk ok.Sebab sukan ini adalah sukan paling lasak untuk di sertai.
Aksi tolak menolak,terkehil kaki,leher dan tangan tu memang dah jadi asam garam pemain Ragbi lah.Semalam lagi best,RA nampak muka salah seorang pemain rabgi dari MPV tu terlanggar dengan lutut salah seorang lawan pasukan ketika dia sedang berlari.Pergghh kalau kena kat RA tu mau meraung menjerit hehe.
Kyusuk betul yea orang itu tengok Ragbi yea
Lupa nak citer dalam ke gairahan tengok pertandingan Ragbi,kat padang sebelah pulak ada sesi latihan bola pemain skuad Harimau Selatan - Johor Darul Takzim.
Jadi kejap-kejap toleh padang kiri,kejap-kejap toleh padang kanan semua nak tengok lah katakan.
Toleh punya toleh tetiba ternampak pengerusi Johor Darul Takzim FC iaitu Tengku Mahkota Johor Tengku Ismail (TMJ) yang berada di tepi padang bersama-sama dengan adindanya, Ketua Polis Johor , Sheikh Haikal dan keluarganya (penyanyi Rap Singapura) dan Joe Frezow tengah berbual-bual.
Lama jugak tak nampak muka Fandi Ahmad iaitu pemain bola sepak terkenal Singapura satu ketika dulu.Kalau dulu dia kurus sekarang dia makin berisi dan tembam hehehe.Dialah ketua jurulatih Johor Darul Takzim sekarang.
Ini pulak Shafiq Rahim tengah rehat kejap kot
Masa ini mereka baru sahaja selesai membuat latihan dan sesi rengangan .Yang membelakangkan kamera RA ini Shafiq Rahim,Kembar Aidil dan Mat Yol.Ada orang tu nak bukti maka inilah bukti gambarnya
Macam biasalah bila sesi rengangan dah habis semua pemain masuk ke bilik persalinan untuk tukar baju dan mandi.Kami yang mula-mula nak tengok Ragbi berkerumun di hadapan pintu bilik persalinan menunggu pemain-pemain ini keluar untuk bergambar.
Terjerit-jerit lah anak-anak dara tengok mereka-mereka ini kuar sorang-sorang
No comments:
Post a Comment