Diam tak diam dah bertambah lagi setahun umur RA semalam.Jadi dengan rezeki yang ada sikit-sikit ini RA buatlah majlis makan-makan belanja makan kawan-kawan rapat kat kedai biasa-biasa saja.Bertempat di Restoran Tomyam Sejati di Jalan Rawa Taman Perling RA mengumpulkan teman rapat untuk makan bersama.
Majlis di serikan dengan kehadiran Nik-Fuad sekeluarga,Abang Mork-Kak Ani sekeluarga,Olie-Azie sekeluarga,Kak Rovita-Abang Champian sekeluarga dan adik paling bongsu kitaorang iaitu Abang Yunus a.k.a Abang Chu.(katernya bongsu)
Walaupun ada yang lambat tiba kerana mencari kedai ini dan tidak kurang pula yang terpaksa membeli belah barangan dapur dulu,tapi kehadiran mereka menceriakan suasana makan malam pada hari itu.
Menu RA pilih ala kadar je,Ikan Siakap 4ekor masak masam manis + steam + Tiga Rasa dan Halia berserta Tomyam Campur + Tomyam Changmai + Telur dadar + Sayur Kailan
Tambah udang masak halia + Kerabu Mangga + Nasi putih + air sirap Bandung.
Tarikh ulang kelahiran tahun RA berkongsi bersama dengan anak bongsu si Olie & Azie nie..Jadi meraikanlah bersama-sama dengan dia.hehehe.Amboi,dua-dua senyum lebar selebarnya.
Kenalkan inilah adik bongsu kitaorang.Dia artis sebenarnya.sampai terperanjat boboy yang remaja purba depan dia tu,tetiba muncul kat belakang.Nak tahu siapakah dia cuba lihat "trademark" kat dua jari dia bentuk "V" tu.
Haa gambar yang ini pun ada dia tunjukkan "Trademark" dia.Kalau orang kedai tak tegur atau layan dia pasti muncung dia panjang leh buat sidai penyankut baju.(retak seribu katernya)
Haaa macam biasa sebelum balik mesti nak susuh kerusi dan meja dulu.Wah si Sofia gembiranya dia dapat hadiah juga yea.Ada sayap kupu-kupu lagi hehe.
Dan sesi bergambar sambil berkepak pun di adakan.Terlebih suda yang diri tengah-tengah tu sebab kepak di kibarkan sampai dua-dua sekali.Terima kasih juga yang tidak terhingga di atas kesudian teman-teman yang hadir dan menguncapkan salam ulang tahun kelahiran kepada RA sama ada di Facebook,Whatapps,Viber,sms,bertemu muka malah yang sibuk hingga tidak sempat berbuat demikian
saya ucapkan terima kasih banyak-banyak.
Moga anda semua di rahmati
nya....
Dan juga terima kasih yang tidak terhingga di atas pemberian hadiah ulang tahun ini.(jarang dapat hadiah)
No comments:
Post a Comment