Hari ini RA akan memulakan perjalanan yang agak jauh sedikit.Destinasi yang hendak di tuju ialah Kaherah , Mesir.RA nak tengok salah satu dari 7 keajaiban dunia iaitu Piramid di sana.
Tiket penerbangan telah pun di tempah awal dengan pesawat Turkish Airlines dengan singgah dan menukar penerbangan di Istanbul.RA bertolak dengan rakan sekolah rendah RA bernama Lenny.Haa tu dia...Penerbangan bermula.....Jeng..Jeng..Jeng...
Alhamdulillah penerbangan bertolak mengikut masa,Jam 1140malam berlepas dari KLIA ke Istanbul.Memandangkan ini adalah penerbangan malam jadi sejam selepas berlepas kami di sajikan dengan makan malam.Yum yum....Dah kenyang ini baru lah boleh tidur.Ada 9jam lagi untuk sampai di Istanbul.Dari Istanbul nanti RA akan tukar pesawat untuk ke Kaherah pula.Selamat malam dan jupa nanti di Istanbul.
Ding Dong...dah pun siang.Kami selamat mendarat di Istanbul.Selepas memeriksa passport , RA ke terminal yang menyambungkan penerbangan RA ke Kaherah pula.Besar betul lapangan terbang Istanbul nie.Ramai sungguh orang dari pelbagai negara.
Ini lah menu sarapan pagi sebelum mendarat dan ketika meneruskan perjalanan ke Kaherah.Sarapan dengan telur "omelet" , kentang rebus dan tomato.Untuk pencuci mulut di berikan buah-buahan , roti dan keju.Amat pemurah dengan Keju Turkish Airlines nie.
Alhamdulillah akhirnya pada jam 840pagi kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.Macam panas je cuaca kat luar tu.Ta-ta Turkish Airlines nanti kita jumpa lagi.RA segera ke kaunter immigrasi dan kemudian kastam sebelum mengambil baggasi.Selesai sahaja urusan tersebut kami keluar dari balai ketibaan dan mencari pemandu hotel yang dah sedia menanti kami di luar.
Tempat pertama yang di tuju ialah ke Hotel Giza Pyramids Inn tempat kami bermalam yang terletak di Giza kira-kira 45km dari lapangan terbang.Agak sesak dan kacau bilau juga yea jalan-jalan raya di Kaherah.Kebanyakkan penduduk di sini membawa kenderaan ikut suka hati.Tidak mengikut barisan dan selalu memotong antara satu sama lain.Memang kena hati kering bawa kereta di Mesir ni.
Patung separuh manusia dan separuh singa ini merupakan binaan patung paling terbesar di dunia dan masih utuh sehingga sekarang.Patung ini mempunyai kepak & ekor di bahagian belakangnya.Unik betul ukiran patung nie dan kemahiran manusia zaman purba menyiapkan binaan ini.
Dah puas bergambar di sini RA ke Piramid yan terletak di belakang patung ini.aDA 3 Piramid besar di sini.Dan piramid agung yang paling terbesar antara ke tiga-tiga piramid ini ialah Piramid Khufu.
2lagi piramid di namakan Piramid Rakhaef dan Piramid Mycerinus.
2lagi piramid di namakan Piramid Rakhaef dan Piramid Mycerinus.
Nak masuk dalam piramid ni di kenakan bayaran lagi.Cuma satu je yang tidak di kenakan bayaran iaitu ke Piramid makan Permaisuri.Piramidnya agak kecil dari ketiga-tiga piramid yang ada dan anda kena turun tanah melalui lubang ini untuk memasukinya.RA tengok ramai yang keluar berpeluh-peluh jadi RA batalkan jelah niat nak masuk dalam tu.Tapi Lenny rakan RA masuk tau.
Nasib baiklah kami datang masa musim dingin.Suhu di padang pasir tak lah terlalu panas.
Boleh lah jalan kaki untuk melihat dengan lebih dekat,Botol air jangan lupa bawak.Suhu ala-ala waktu 5pagi di Malaysia macam tu.
Boleh lah jalan kaki untuk melihat dengan lebih dekat,Botol air jangan lupa bawak.Suhu ala-ala waktu 5pagi di Malaysia macam tu.
Inilah dia piramid Khufu.Piramid yang terbesar di sini.
Bagai mimpi jadi kenyataan.Akhirnya dapat juga RA menjejakkan kaki disini dan melihat sendiri di depan mata kehebatan binaan Piramid yang selalu tengok kat filem-filem dan tv sahaja.Piramid ini cuma mengambil masa 30tahun sahaja untuk di siapkan.Bayangkan tenaga kerja yang di paksa suruh untuk menyiapkan bangunan ini.
Ini adalah pandangan piramid dari arah belakang.3 piramid kecil di sebelah kanan itu adalah piramid yang cuba di buat oleh masyarakat sekarang yang tidak berjaya.
Terbang lebih tinggi lagi.Gambar ini di ambil oleh Aliq salah seorang pemandu kereta kuda.Yea RA dan Lenny terpaksa sewa kereta kuda kerana tapak kasut Lenny dah mula tercabut.Banyak sangat aksi lompat di ambil kot haha.
Antara teknik-teknik yang RA cuba untuk mendapatkan bentuk Piramid ini kecik.
Masa nie Aliq bawa kami sedikit ke hujung jalan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan ketiga-tiga piramid.
Tah berapa ratus gambar RA amik kat sini.Habis satu keliling piramid tu RA pusing.Memang puas hati bila pergi sendiri tanpa ikut protokal-protokol dari syarikat pelancongan.
Tah berapa ratus gambar RA amik kat sini.Habis satu keliling piramid tu RA pusing.Memang puas hati bila pergi sendiri tanpa ikut protokal-protokol dari syarikat pelancongan.
Hari mulai petang ada antara pelancong dan kereta-kereta kuda mulai meninggalkan komplek piramid untuk pulang ke rumah atau hotel masing-masing.Sesungguhnya piramid ini memang sesuai dengan namanya cukup gah.cukup menakjubkan.Patutlah dia disebut 7dari keajaiban dunia.
Selepas bersiap-siap mandi di bilik hotel RA ke tingkat atas hotel kami untuk mengambil gambar saat tengelamnya matahari.Cukup indah pemandangan pada waktu senja dari hotel ini.
Matahari beransur-ansur hilang , suhu semakin dingin dan azan mula kedengaran dari beberapa masjid di sini.Rayu rasanya.....
Selepas solat Jamak Magrib dan Isyak RA keluar dari hotel dan mula cari makan malam.Sedang mencari kedai makan kami terlihat sebuah kedai menjual manisan yang ramai orang singgah.Bila masuk dalam nahh...macam-macam manisan , biskut, kek dan kuih di jual di sini.
Tak tahu nak pilih yang mana jadi RA amik je apa yang dapat.Puas mendapat hasil tangkapan ini kami pulang ke hotel dengan Nasi Arab bungkus yang di beli untuk di makan di bilik.Esok ada lawatan lain yang harus di lawati...nantikan bingkisan seterusnya dari Alexandria pula.
No comments:
Post a Comment