Saturday, October 27, 2018

Gunung Berembun - CBL Hari ke 3

HARI KE - 3
AIR TERJUN LANGSIR - BEREMBUN KECIL - GUNUNG BEREMBUN 
- TAMAN BONGSAI - BUKIT CELCOM  - KEM Y - KEM B - BUKIT TAUBAT - TAMAN REKRIASI HUTAN LIPUR CHEMERONG 
Pagi ini sekali lagi kami menikmati keindahan alam di puncak Air Terjun Langsir.Memandangkan hari ini hari terakhir RA di sini , lepas sahaja subuh dah tercongok tepi air terjun menikmati alam ciptaanya.
Geng Mak Tiri pun bangun awal.Sibuk masing-masing mau mengambil gambar kenang-kenangan buat hari terakhir di sini.
Tengok tu macam-macam gaya...
Yang dok baru bangun nak basuh muka pun ada nie.Macam - Macam hal...
Selesai mandi dan bersarapan , paling penting lepas membuang air besar (nasib hari ke3 baru terasa nak melepas).Semua membersihkan tapak perkhemahan dan bersiap-siap untuk ke destinasi seterusnya iaitu mendaki Gunung Berembun.
Sekali lagi taklimat di berikan.Kami akan melalui laluan yang lain hari ini iaitu bermula di Air Terjun Langsir kemudian mendaki Gunung Berembun , seterusnya turun ke Taman Bongsai dan berehat di Kem Y sebelum meneruskan perjalanan turun ke Taman Rekreasi Gunung Chemerong tempat kami bermula.Sebelum memulakan pendakian masing-masing di minta membuat renganggan.
Semua nampaknya dah nak bersiap pergi nie.
Apapun tetap nak bergambar dulu sebelum memulakan pendakian.
Bag tetap sama besar sebab di tambah dengan membawa  turun bersama sampah sarap 
Jadi semua dah siap mari kita mulakan pendakian.
Cik "Go-go" Nane kita bilang trek hari ini akan terus mencanak dan mencanak sampai Gunung Berembun.Lepas tu baru lah trek landai dan kadang kala sedikit mencanak.Adoyai....
Tanah berlopak di samping trek yang mencanak menanti kami di sini.
Akhirnya sampai di Berembun Kecil untuk tarik nafas sekejap.Waaaah Abam Wan dia sampai dulu.
Akhirnya setelah berhempas pulas selama hampir 2jam RA dan geng Mak Tiri tiba di Puncak Gunung Berembun yang berketinggian 1036meter dari paras laut.
Ingatkan RA dan Kak Ros je yang datang dari JB, rupanya ada sorang lagi dari JB.Nama glamor dia Landak.Yeah Geng Johor bergambar....(dah hari ke3 baru tau haha)
Takde pemandangan menarik di puncak ini,hanya banyak pokok-pokok di sekeliling yang menutupi pemandagan.Jadi hanya bergambar di papan tanda dan penanda aras puncak ini jelah.
Amik masa untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan turun ke tempat kami bermula.
 Tu dia Abam Ejap Malim Gunung kita dan Mat Dan (versi pak arab) tengah bergurau senda berhampiran Taman Bongsai.
Kali ini menurun dan menurun,Menuju ke Taman Bongsai.
Alhamdulillah...bertabahlah Fahmi oiii....Doa panjang-panjang sikit tau.
Sampai juga di Taman Bongsai , tangkap sekeping dua gambar dan meneruskan perjalanan sehingga tiba lah di Bukit Celcom.Tapi takde dapat talian pun.
Tak pasti pulak RA kenapa tempat nie di panggil Bukit Celcom.Mungkin Celcom orang yang namakan tempat ini dapat talian kot. 
Dari Bukit Celcom kami ke Pokok Meraga berlobang sebab di kawasa ni ada satu pokok yang tertua iaitu pokok Meraga berlobang yang di anggarkan berusia lebih dari 100tahun.
 Haa ambik semua nak masuk mana lah muat oiii...amik giliran lepas tu leh amik gambar dari atas - bawah depan belakang yea..
 Nie pemandangan dari bawah hehehe.Telefon bimbit RA memang dah jahanam tak leh bukak dek terkena air hujan tempoh hari.Nasib baik lah ada kamera telefun kawan-kawan.RA dan rakan-rakan meneruskan perjalanan ke KEM Y.Hajatnya nak berehat makan tengahari di sini tetapi KEM Y dah penuh dengan pendaki lain akan berkhemah di sini.
Akhirnya kami di suruh meneruskan perjalanan ke Kem B dan berehat saja di sana.Alhamdulillah jam 3petang RA tiba di Kem Balak.Selepas masak mee segera dan bahagi sama rata hehe hujan mulai turun renyai-renyai.Sempat bersolat jamak sebelum meneruskan perjalanan turun.
 Dari Kem B , RA akan bertemu semula dengan 2 simpang iaitu satu ke Jeram Orkid dan satu lagi ke  Seraya Besar.Kalau ke Seraya Besar gamaknya nak balik semula ke Sungai Banggang la.Jadi kami semua melalui Jeram Orkid kemudian menempuh Bukit Taubat semula sebelum terus turun ke denai menuju taman rekriasi Hutan Lipur Chemerong.Akhirnya sekitar jam 530petang RA dan rakan-rakan selamat tiba.Kami membersihkan diri dan bersiap-siap menukar pakaian sambil menanti bus untuk pulang Ke Kuala Lumpur.Sempat lagi bergambar tu.
Jam 7malam bas pun tiba dan setelah bersalaman dengan geng-geng malim gunung bas pun bergerak menuju ke station LRT Gombak KL.
Alhamdulillah selamat sampai di Gombak jam 1pagi.Ni kalau nak balik naik bas express ke JB masih ada bas lagi nie.hehehe.Selamat tinggal semua...seronok selama 3hari bersama-sama dengan korang.Gelak tawa senda gurau dan kalau ada terkasar bahasa mintak di maafkan. 
Ingatkan dah nak balik terus ke TBS , tapi sempat singgah makan di Kampung Baru kejap katanya....hehehe.Maklum lah lepas nie dah tak jumpa lagi.Sibuk lak mamak baju jingga kat belakang tu masuk..huhu.Jam 3pagi baru lah RA dan Kak Ros di hantar Nane dan Elly ke TBS.Agak-agak korang kami tiba JB jam berapa? huhu...Jam 730pagi nakkkkkk......hahaha...Terima Kasih semua atas memori ini...
 

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....