HARI PERTAMA :
HUTAN LIPUR CHEMERONG - AIR TERJUN CHEMERONG - KEM BALAK - JERAM ORCHID - SUNGAI BANGAN (diaorang panggil banggang) - AIR TERJUN LANGSIR
Cantik tak? haa inilah dia pemandangan dari air terjun Langsir.Di sinilah tempat yang akan RA tuju dan berkampung dalam 3hari akan datang ini.RA bertolak dari Johor Bahru hari Rabu petang ke KL.Di KL RA akan bergabung dengan beberapa lagi pendaki dari seluruh Malaysia di station LRT Gombak.Dari sinilah kami menyambung menaiki bas yang dah di tempah ke Dungun Terengganu.
EKPEDISI C , B , L - CHEMERONG , BEREMBUN , LANGSIR.
RA dan rakan-rakan yang lain tiba jam 7pagi di Hutan Lipur Chemerong.Kat sini kami mengisi perut untuk bersarapan , mandi sikit , melepaskan hajat dan mengisi borang pendakian untuk di serahkan kepada renjer hutan.Tengok tu muka-muka senyum semua.Luaran je nampak senyum tapi dalam hati masing-masing dap-dup jek.
Selesai semua kami di panggil berkumpul di belakang dewan makan untuk di beri taklimat oleh malim gunung.Seramai 4orang malim gunung di tugaskan mengikuti kami di sepanjang ekpedisi ini.Ejap yang baju hitam tu lah ketua malim gunung kami.
Sebenarnya ini ekpedesi kali pertama RA.Sebab apa RA cakap pertama..sebab :
PERTAMA KALI AKAN BERMALAM DI HUTAN
PERTAMA KALI PIKUL BAG BERAT MASUK HUTAN (15-20kg ada tu)
PERTAMA KAMI REDAH HUTAN WAKTU MALAM.
Masing-masing kusyuk mendengar taklimat dari Ejap.Geng perempuan ada seorang malim gunung perempuan yang akan menjaga mereka.Kami semuanya seramai 40orang.Mengikut taklimat laluan yang Ejan nyatakan perjalananan hari ini mengambil masa seharian.Kami akan ke AIR TERJUN CHEMERONG , kemudian terus naik ke AIR TERJUN LANGSIR kemudian baru ke GUNUNG BEREMBUN.
Jadi ekpedisi kami bukan CBL dah...tapi jadi CLB
Perrghhh bila dengar macam seram lak kena pikul bag berat dan berjalan sekitar 20km untuk hari ini.Tapi tetap tabahkan hati gak.Ok sesi bergambar kumpulan sebelum masuk hutan .Nampak tak bag kitaroang tu? Tak kira lah lelaki ke perempuan ke bag memang berat tak kurang dari 15kg.Makanan masing-masing ada bahagian masing-masing untuk bawa.RA kena bawa minyak masak , tepung jemput-jemput , gula , gas masak ala botol ridsect tu dan spegetti.Yang lain ada yang kena bawak botol kicaplah , beras lah ayam, telur dan macam-macam lagi lah.
Inilah semua 40orang pendaki anjuran Sondol Hikers bergambar sebelum meneruskan pendakian.
Tahap pertama masuk nampak agak biasa-biasa jek.Yang bawak bag besar nie sebab dia bawa khemah sekali.
Tahap masih santai-santai lagi dan masih boleh tersenyum hahaha.RA mula-mula berat hati jugak nak pergi , tapi bila dengar dari cerita-cerita orang yang mengatakan trek CBL ini biasa-biasa jek dan cuma ada satu CP je yang mencabar jadi RA beranikan diri mengikuti.
Alhamdulillah RA selamat sampai ke perhentian pertama.Kami letak bag terus ke air terjun Chemerong yang ketinggiannya 305 meter dan merupakan air terjun menegak tertinggi di Malaysia.Cantik kan makhluk air ciptaan Allah nie.
Ok selesai sahaja bergambar di air terjun Chemerong,maka bermulalah cabaran sebenar pendakian kami.Bukit semakin curam, tajam dan kejam untuk di daki dan ada kala tu lutut RA bertemu dengan siku dek kerana curamnya bukit-bukit selepas Air Terjun Chemerong ini.Akhirnya setelah semua kudrat di kerahkan kami tiba ke CP Bukit Taubat.
Ingatkan seksa dah lepas rupanya seksa kat depan tu baru nak bermula di sini.haha.Kudrat RA lagi sekali di kerahkan mendaki Bukit Taubat ini.Apa yang boleh RA katakan Bukit Taubat ini memang sesuai dengan namanya....Ya ampunnn dia punya mencanak tak habis-habis.
Diaorang nie semua sempat bergambar amik mood sebelum memanjat.Ehh Epol dah kenapa manja sangat tu dengan Ejam? Nak amik hati suruh bawak bag kaaa? hahaha...
Bagi RA ada tempat-tempat yang boleh RA rehat RA akan rehat,bukan tak mampu nak panjat tapi memanjat dengan berat bag di belakang yang melebihi 15kg ini betul-betul mencabar kudrat dan keringat.Rasa mau putus asa pun ada.Nak-nak masa naik Bukit Taubat.Masa ini nak bertaubat dah terlambat,nasi dah jadi bubur nak menangis pun dalam hati je lah hahaha.
Video yang sempat di rakam semasa memanjat Bukit Taubat.
Selesai di Bukit Taubat kami di sajikan dengan keindahan di Jeram Orkid.Kat sini banyak pokok-pokok Orkid hutan yang membiak liar tau.Ada penampakkan di pokok itew
Dari Jeram Orkid tu ada 2 simpang.Simpang kiri ke Kem Y dan satu lagi simpang kanan ke Seraya Besar.Memandangkan kami mahu ke Sungai Bangan dan Air Terjun Langsir jadi kami masuk simpang kanan iaitu ke Seraya Besar.Sekali lagi bukit mencanak menanti kami di sini.
Jam 4petang RA dan beberapa rakan yang lain masih dalam perjalanan ke Sungai Bangan dari Seraya Besar.Ada kala RA jalan sorang,ada kala ada geng yang laju melepasi RA dan ada kala RA tunggu geng-geng yang masih di belakang.Lepas je naik semua bukit,awan dah mula berarak mendung dan tak lama selepas itu hujan pun turun.Masing-masing dah gelisah telefun bimbit lak menjadi keutamaan untuk di selamatkan.Kononnya masukkan dalam bag sandang boleh selamat , rupanya air masuk bertakung dalam bag dengan telefun bimbit berenang-renang ketepian.Aduuhh...senak tengok.Dapat tahu pun bila tengok dalam bag masa tiba di Sungai Bangan sekitar jam 545petang.Ramai panggil tempat ini Sungai Bangang,tak tau lah pulak kenapa.Mungkin laluan nak ke sini memang bangang kot haha.Masa ini air sungai bangan tengah menganas.Orang panggil kepala air.Jadi kami semua tak berani untuk menyeberang cuma menanti sehingga hujan reda dan air sedikit surut.Tengoklah betapa derasnya air di sungai Bangan nie.
Agak lama juga kami menunggu.Adalah dekat sejam.Masa nie masing-masing berteduh di bawah khemah "fly" yang tak siap haha...Memandangkan hari makin gelap malim gunung kami memberi lampu hijau agar kami menyeberangi sungai mengunakan tali walaupun air sungai masih deras dan dalam.Masa nie lah RA banyak bertawakal dan berserah pada Allah agar berjaya melepasi sungai ini.Jarak kami dari sungai Bangan ke kem tempat kami bermalam di Air Terjun Langsir cuma sejam perjalanan sahaja lagi.Alhamdulillah berkat pertolongan dan tujuk ajar dari Malim gunung dan rakan-rakan yang berpengalaman kami semua berjaya mengharungi air di sungai Bangan yang deras.Nak menyeberang sungai yang masa deras ni pun RA rasa diri nie macam bangang gak hahaha....

Masa tiba di seberang sungai hari dah mula gelap.Dengan berpandukan lampu di kepala sahaja,RA meredah hutan belantara dan semakin pekat gelapnya.RA di suruh berada di hadapan di ikuti rakan-rakan yang masih tertinggal.Sebab apa ? sebab lampu di kepala RA paling cerah dan jelas dari lampu-lampu diaorang.hahaha.dalam perjalanan asik dok cerita pasal makan dan air kopi.Maklum lah masing-masing perut dah lapar.Hujan-hujan pulak tu,kalau pekena megi dan air kopi kan best haha.Tapi dalam hati berdetik jugak mintak di lindungi dari terjumpa dengan makhluk-mahluk Allah selain dari kami-kami waktu malam-malam macam nie.Alhamdulillah kami tiba juga di kem penginapan kami tepat jam 830malam masa ini hujan mulai rintik-rintik.Apapun habis basah lecun pakaian kami.Selepas menukar pakaian dan menunaikan solat kami di paksa tidur dalam kelaparan.Untuk makluman kami tak dapat masak air atau makanan malam tu sebab air sungai kotor dan tak boleh untuk dimasak dek hujan lebat.Tidurlah kami dalam kelaparan.Inilah pertama kali RA tidur di dalam hutan.Nak sangat rasa,kan kan kan...haha.Ok jumpa esok.
No comments:
Post a Comment