JERAM LESUNG & AIR TERJUN LANGSIR
Nak kata leh tidur nyenyak tu tak lah sangat.Sebab permukaan di tapak perkemahan Air Terjun Langsir ini tidak rata dan banyak yang berbatu.RA pulak tidur paling tepi di bawah kemah.Kemah kami ala-ala tentera cuma beratap dan beralas kan kanvas ajer.Macam tak sabar nak tunggu siang kejap-kejap tidur asik tersadar jek macam lambat pulak masa berlalu.
Akhirnya jam 5pagi RA dengar ada sesetengah rakan di kemah-kemah berhampiran yang mula bangun dan berjalan.Ada yang duduk berbual-bual tepi jeram dan ada jugak yang mula amik air di jeram untuk di masak.Jam 6pagi ramai yang bersiap-siap untuk solat subuh.Selesai sahaja solat subuh masing-masing ke hujung jeram untuk melihat alam ciptaan Allah yang begitu indah.Subahanallah indah sungguh awan karpet dan matahari terbit.
Kami hanya duduk di atas hujung air terjun sambil menikmati alam ciptaannya.Kagum dengan keindahan itu.Hilang rasa penat dan sakit-sakit kaki semalam.Semuanya terubat.
Haha...inilah dia "Geng Mak tiri"
Haha...inilah dia "Geng Mak tiri"
Hanya takat hujung ini sahaja kami di benarkan bergambar bagi memastikan keselamatan semua.Kalau jatuh bawah tu memang bersepai badan.
Air di jeram pun makin jernih jadi dah boleh la masak air dan lauk hari ini.Nie kalau dah semua amik gambar di sini siapa lak yea nak masak hehehe.
Kolam cermin kat bawah tu sesuai untuk bergambar.
Gembira sungguh yea...aktivit loncatan berlaku di sini.Hati-hati jangan terjatuh,licin jugak batu-batu tu.
Hasil gambar dari kamera telefun bimbit Epol.
Gambar nie dah macam zaman 80an ala-ala bergambar tepi pantai.Inilah geng-geng Mak-mak tiri CBL.hehee
Dah abis bergambar semua masuk dalam khemah untuk makan lak.,haa tau perut lapar hehehe.Maaf gambar menu sarapan tak sempat di rakam semua dah lapar tak ingat dah nak amik gambar lagi.
Aktiviti hari ini mandi sampai lebam katanya.Tiada pendakian hari ini sebab nak santai-santai menikmati alam di Jeram-jeram berhampiran.Salah satunya selain Jeram Langsir ialah Jeram Lesung. Maaf gambar kena edit sikit leh ternampak lak aurat kiter hehehehe
Jernih beb air dia...puas hati sampai sini.
Sebab apa di panggil Jeram Lesung? sebab kat tengah-tengah batu di jeram ni ada lobang seperti lesung.Kat sini ramai yang buat terjun menyelam macam yang dalam gambar kat atas tu.
Air kat jeram pulak memang jernih-sejernihnya nak terus minum pun boleh memang mineralnya sangat tinggi.
Siapa-siapa pun nampak air sejernih nie tak lepaskan peluang untuk mandi sepuas-puasnya.
Haaa jelas kan??
Dah puas mandi barulah acara bergambar dengan alam di buat.
Jernih beb air dia...puas hati sampai sini.
Sebab apa di panggil Jeram Lesung? sebab kat tengah-tengah batu di jeram ni ada lobang seperti lesung.Kat sini ramai yang buat terjun menyelam macam yang dalam gambar kat atas tu.
Air kat jeram pulak memang jernih-sejernihnya nak terus minum pun boleh memang mineralnya sangat tinggi.
Siapa-siapa pun nampak air sejernih nie tak lepaskan peluang untuk mandi sepuas-puasnya.
Haaa jelas kan??
Dah puas mandi barulah acara bergambar dengan alam di buat.
Kalau korang nak gambar macam nie , cepat-cepatlah daftar untuk ke sini.
Model-model sambilan.Yang mendongak ke langit tu terlebih "acting" yea.
Diaorang amik gambar kat sini tak panggil RA pun.Myampah tul lah...huhu.Apapun memang berbaloi dan berbayar penat lelah korang bila dapat lihat alam ciptaan Allah ini.
Jam 12tengahari semua balik ke kem masing-masing untuk makan tengahari.Terima kasih Abam Wan dan Cik Nane kita yang memasakkan lauk untuk kami semua hari ini.
Masak lomak ayam , sayur kobis goreng dan telur dadar anda memang menjanjikan.Alhamdulillah kenyang kami tengahari ini.Hujan mulai turun dah semua pakaia jemuran kami di ambil sambil masing-masing berteduh di dalam khemah.Hari ini memang puas main air walaupun hujan dari petang sampai ke senja.Malam pulak kami dok berbual cerita pasal hal masing-masing sambil ada yang hulur tapak kaki untuk di picit.Kedai urut tapak Kaki RA di buka sampai jam 830malam hahahah.Jam dah pukul 10malam tapi khemah kami masih riuh rendah dok bercerita dengan gelak-gelak mak-mak tiri.Akhirnya setelah di tegur oleh kakak malim gunung barulah semua tutup lampu dan masuk tidur.Tapi apa yang terjadi kemudian sangat-sangat menakutkan.Dari khemah sebelah kami terdengar kisah hidup sewaktu kecil kakak malim gunung sebelah berbual dengan geng lain sampai lah ke pukul 12tengah malam.hehehe.adoyai nasib la badan.....Selamat Malam kita sambung esok pula...
No comments:
Post a Comment