Hari ini adalah hari terakhir kami di Padang.Rasa macam sedih pulak nak meninggalkan kampung halaman Hamka ini.Kami bergambar di lobi hotel sebagai kenang-kenangan.
Wah tak cukup pulak dengan tu ada cenderahati yang di berikan pada RA.Rasa terharu pulak kita.Ok memandangkan penerbangan kami jam 4petang.Jadi masa yang terluang pagi ini kami di bawa ke Pantai Air Manis untuk melihat satu lagi tempat bersejarah iaitu bahtera Malim Kundang.
Mungkin ramai yang tahu tentang cerita ini kan.Malim Kudang seorang anak derhaka yang tidak mengaku ibunya setelah menjadi kaya raya.Dia di sumpah oleh ibunya menjadi batu dan kesan-kesan meninggalan batu ini masih terdapat di pesisir pantai air manis ini.
Katanya inilah bahtera si Malim Kundang yang bertukar menjadi batu.
Beberapa kesan batu-batu yang seakan bahtera.
Tempayan batu dan juga patung batu Malim Kundang yang bersujut seolah-oleh meminta pengampunan dari ibunya.
Tak pasti pulak RA sama ada kesan-kesan ini asli atau hanya buatan.Nak kata percaya 100% tu pun tak lah sangat.Tapi cerita Malim Kundang ini mempunyai kaitannya dengan cerita Si Tanggang.Mungkin juga kesan batu-batu ini asli dan mungkin juga tidak tetapi ceritanya ini dapat mendidik masyarakat agar tidak menderhakai orang tua kita.
Tak jauh dari pantai air manis terdapatnya Jambatan Siti Nurbayah yang terkenal dalam novel tempatan.Jambatan yang melambangkan cinta dan kasih Siti Nurbayah terhadap kekasihnya Syamsulbahri.
Ok selesai ke Jambatan Siti Nurbaya kami singah bergambar untuk kali terakhir di Padang.Di sinilah terletaknya mercu tanda Padang.
Sempat bergambar sebelum menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.Terima kasih Padang ada umur kita berjumpa lagi.
Kami selamat tiba di KLIA2 jam 545petang.Setelah mengucapkan selamat tinggal dan bergambar RA meneruskan perjalanan pulang ke Johor Bahru sementara yang lain meneruskan perjalanan pulang ke Muar.
Terima kasih semua atas kepercayaan yang di beri bagi menguruskan perjalanan anda.Terharu dapat cenederata penghargaan dari pihak kakitangan MRSM Muar terutama Abang Lan , Fizri , Imam , En Jaafar , Pengetua dan beberapa lagi tetamu.Moga ukhuwah kita berkekalan dan bertemu di lain lawatan.
No comments:
Post a Comment