Sunday, October 14, 2018

Lawatan Padang hari ke3

Diam tak diam dah tiga hari kami berkampung di Sumatera.Ini bermakna kami perlu daftar keluar dari hotel di Bukit Tinggi kerana petang ini kami semua akan bermalam di Padang pula.Sementara meninggalkan Bukit Tinggi ada beberapa lagi tempat lawatan yang perlu kami singgah.Lawatan hari ni penuh bersejarah kerana kami akan melawat lokasi Lobang Jepun iaitu markas peninggalan lama tentera Jepun.
Sebelum memasuki lobang Jepun, kami mengambil gambar berkumpulan di Taman Panorama yang terletak di luar dengan berlatar belakang kan lurah dan gunung Singgalang.
Sempat lah jugak RA dan Abang Lan bergambar di sini.Yang kena piat telinga tu lah pemandu pelancong kami.
Lobang Jepun ini di bina berhampiran dengan Jurang Sianok dan dahulunya markas rahsia tentera Jepun menyimpan senjata , penjara dan juga kubu pertahanan bawah tanah.
Ia di bina sekitar tahun 1942 dan panjangnya terowong ini di anggarkan 1400meter.Ini anak tangga untuk turun ke dalam terowong.Dalam,memang dalam.
Di ceritakan puluhan ribu buruh kerahan di bawa dari Sulawesi , Kalimantan dan Pulau Jawa bagi mengali dan membina lobang Jepun ini.Mereka sengaja tidak mengambil penduduk tempatan kerana nak menjaga rahsia tentera mereka di sini.Penduduk tempatan pulak mereka hantar ke Bandung dan ke tempat lain bagi membina markas mereka di sana.
 Ini adalah pintu masuk utama ke dalam Lobang Jepun dan kami kena turun ke bawah sekitar kedalaman 600-800meter.Ada beberapa pintu keluar dan masuk di dalam lubang ini.Ada antaranya di hadapan Istana Bung Hata,di zoo, di belakang bukit dan ada yang menghala ke Lurah mengadap gunung.Di katakan di setiap laluan keluar dan masuk di jaga oleh tentera Jepun dan sesiapa yang menghampiri akan di tangkap dan di penjarakan mahupun di seksa.
Kerajaan Indonesia sekarang telah membangunkan tempat ini dan menjadikan salah sebuah objek wisata yang seharusnya di lawati oleh setiap pelancong.
 Ok seterusnya kami ke Puncak Lawang iaitu salah satu puncak gunung yang terkenal di Bukit Tinggi.Untuk ke sini kami terpaksa melalui 44 selekoh untuk sampai ke puncak.Bila sampai kat sini Subhanallah sangat cantik.
 Pemandangan Tasik Melinjau dapat di lihat dengan jelas dari Puncak ini.Di belakang tasik dan pergunungan ini ialah Lautan India.Boleh nampak jelas sebab waktu kami tiba awan baru sahaja berarak keluar.
 Memang dingin bila berada di puncak Gunung Lawang ini walaupun masa sudah pun hampir ke pukul 12tengahari.
 Beberapa "spot-spot" menarik yang sempat RA rakamkan buat tatapan semua.
 Boleh juga buat seperti mengeluarkan asap dari mulut.
 Atau duduk-duduk santai di bawah payung kedai yang berwarna jingga haha.
 Nak bergambar di sini kena berhati-hati sebab kayu-kayunya tidak berapa kuat.Wah - wah imam bergambar dengan anak dah macam sebaya dah.
 Puan pengetua juga tak melepaskan peluang bergambar bersama keluarga.
Abang Lan dengan gaya A go-go nya.
Dah puas semua bergambar kami ke perkampungan berhampiran bagi melihat hasil tebu dan gula di proses secara traditional mengunakan tenaga kerbau.Sempat lah juga membeli beberapa makanan ringan , gula kabung dan beberapa kekacang untuk di bawa balik ke Malaysia nanti.
 Makan tengahari kami di sediakan sesalah sebuah kedai makan berhampiran.Menu biasalah tetap nasi padang.
Sesudah makan , kami singgah ke perkampungan yang membuat barangan perak.Tengok-tengok je tapi ada juga yang berkenan membeli.
Di perkampungan ini terdapat banyak rumah-rumah yang berbumbungkan ala Belanda di bina di sepanjang sawah padi.Ada yang di biarkan kosong kerana tuan rumah hanya balik seminggu , sebulan atau setahun sekali atas urusan kerja di luar kota.
Ok, masa untuk ke Padang pula tetapi kami sempat singgah di Air terjun Anai untuk bergambar di sini.Tuari kan hujan jadi tak sempat nak berhenti.
 Beberapa teknik pengambilan gambar di air terjun hahaha.Menjadi tak?
 Hasilnya menjadi.
 Nak menuju ke Padang sempat lagi singgah dan melalui pasar-pasar di pekan kecil.Perjalanan ke Padang mengambil masa 3jam untuk tiba di sebabkan beberapa kesesakkan di pertengahan di tambah ada kerja-kerja pembaikan jalan sekitar 20km dari Bandar Padang.
Makan malam di salah sebuah kedai ikan bakar di Padang , memang perut dah lapar sebab tiba dah hampir jam 830malam.Selesai makan kami ke Hotel Rangkayo Basa dalam bahasa minang yang bermaksud Orang Kaya Besar, iaitu tempat penginapan kami di Padang untuk malam ini.Ok RA nak beristirehat malam ini nanti kita sambung untuk lawatan terakhir di Padang esok pula.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....