Saturday, October 13, 2018

Lawatan Padang Hari ke2

Tersergam indah Gunung Singgalang berhampiran hotel kami iaitu Hotel Mersi.Pagi ini agak sejuk sedikit sebab semalam hujan turun semalaman.Sarapan di hotel kemudian bersiap-siap untuk lawatan hari ini iaitu ke bahagian Barat Bukit Tinggi.

Wah pagi-pagi lagi ada yang membuat lawatan sendiri berjalan berhampiran lobang Jepun yang tidak jauh dari hotel.Baguslah bangun awal pagi dapat renggangkan badan dengan berjalan-jalan di sekitar hotel.
Selepas semua bersarapan kami meneruskan perjalanan hari ini ke Istana Pagaruyung.Iaitu istana yang sekarang ini menjadi pusat aktiviti masyarakat Minang.Dalam perjalanan kami singgah ke kedai oleh oleh untuk membeli belah beberapa makanan tradisi di sini.Antara yang RA borong ialah Daging Dendeng Balado ini.
Sedap tau , ada yang sudah di masak pun di jual.Sepanjang perjalanan kami di sajikan dengan pemandangan kampung dan gunung ganang.Perjalanan di hentikan di Kafe Kiniko,bukan lah seperti kafe-kafe hipster di bandar bandar besar. Kafe ini menyajikan kopi percuma buat pelancong sambil menikmati menandangan gunung yang indah di belakang kafe ini.
Kat sini juga ada menjual pisang salai yang masih baru di masak.Sambil-sambil tu boleh lah bergambar di sini.Suhu memang dingin seperti suhu sejuk di awal pagi di Malaysia.
Nampak panas kan? tapi tak panas pun sebab angin di sini sangat dingin.
Kopi dan eh di beri percuma kepada tetamu tetapi kalau lapar nak makan kena lah bayar.Ada beberapa menu di sediakan hanya perlu ke kaunter dan pesan makanan anda. 
Pembuatan teh di sini sangat traditional.Kopinya juga sangat harum 
Ok ini antara menu yang di pesan.Mee sop segera dan Pisang Goreng keju.
Kopinya pekat - likat - melekat boleh selang minum dengan teh.
Nak lebih traditional minum la guna tempurung baru lagend.
Yang baju hitam tu macam sedih semacam tu dah kenapa?
Inilah dia pisang salai yang juga di jual di sini.Harga sekilo kalau tak silap RA dekat RM 20.Sedap sebab dia proses dan masak panas-panas di sini.
Oklah perjalanan di teruskan ke Istana Pagaruyung.Sebenarnya tak lah jauh mana pun cuma sekitar 45km je dari hotel kami,tapi biasalah kan jalan kampung bas tak boleh bawa laju pun.Jadi jam 1130pagi baru kami tiba di sini.
Tiba sahaja kami di sambut dengan maskot-maskot Minang dan juru-juru gambar yang mahu mengambil gambar kami.Bergambar dengan maskot ini kena bagi tip yea.Bukan percuma hahaha.Lagipun kesian mereka berpanas dalam tu tau.
Lagi gambar bersama maskot.
Bergambar di hadapan Istana Pagaruyung.Besar istana ini dan ianya pernah terbakar satu ketika dahulu.Alhamdulillah pihak pemerintah Indonesia telah memberi dana baru untuk membangunkan semula istana ini yang menjadi Ikon masyarakat Minang.
Tu dia model sedang bergambar.hahaha
Bahagian dalam istana ini sangat luas.Pasak-pasak tiangnya sangat kukuh ini bagi mengelakkan runtuh sebab di Padang memang tidak lari dari masalah gempa bumi di sebabkan faktor goegrafinya.
  
Haa ini model ke dua pulak yang bergambar.
Ruang belakang rumah dan hadapan bumbung
Ni masa RA nak naik ke tingkat atas.Istana ini sangat besar dan mempunyai lebih dari 10bilik.
Bumbung mengambil konsep tanduk kerbau.Wah Abang Lan bergambar depan istana bukan main lagi.
Perut lapar la pulak jadi makan tenghari kami di Samba Dapua Amaak.Lokasi memang terbaik iaitu restoran tepi bendang sawah.
Nampak tak sawah padi nie.Kedai makan kami kat sebelah je.Makan nasi padang sambil di buai angin.
Di pintu gerbang tertulis Selamaik Datang.Selamat Datang lah tu.
Makan berhidang seperti hari hari sebelumnya.Kat Minang nie semua masakkan tengahari orang di sini ialah Nasi Padang.
Doa di baca dan mulalah menjamu selera.
Antara pelbagai juadah hidangan yang di sediakan
Tambah nasi lagi yea...jangan malu-malu.
Pemandangan di tepi sawah padi.
Selepas makan tengahari kami semua di bawa ke Tasik Singkarak.Tasik yang terhasil dari letusan gunung berapi ini sudah lama tidak aktif ttetapi air tasiknya agak bergelora juga yea.
Mengambil beberapa gambar di sini sebelum pulang ke hotel untuk beristirehat..
Kami tiba di hotel agak lewat petang juga.Hujan mulai turun dengan lebat di sini.Malam ini tidur nyenyak lah nampaknya.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....