Selamat pagi , hari ini RA akan meneruskan petualangan (ceh ayat) ke kota yang ke 2 terbesar di Mesir iaitu kota Iskandariah atau pun lebih di kenali dengan mana "Alexandria City".Hari ini RA tempah sebuah kereta beserta pemandunya sekali.Iaitu salah seorang rakyat Malaysia yang masih belajar di Mesir.Dia amik RA dan kawan RA dari hotel kami di Giza jam 7pagi lagi tau.
Perjalanan melalui lebuh raya tol ini mengambil masa 2jam 45minit untuk sampai di ke kota Iskandariah.Alhamdulillah sekitar jam 10pagi kami tiba di sini dan inilah kota ini yang tidak kurang sibuknya seperti Kaherah.Kota yang paling hampir dengan Laut Mediteranian ini di ambil nama dari pengasasnya iaitu Alexandar The Great dan juga merupakan kota ke 2 terbesar di Mesir.
Di sini terdapat banyak Universiti-universiti dan juga sebuah perpustakaan terbesar di dunia iaitu Perpustakaan Iskandariah.Pertama kami tiba di sini RA rasa seperti berada di Cuba,Amerika Selatan persis Filem Fast & Furiest pulak.Di jalan-jalan raya utamanya pula terdapat ramai anak-anak muda sibuk untuk kolej dan Universiti.
Tempat pertama yang RA tuju ialah ke Quitbay Citadel.Ia merupakan sebuah kubu pertahanan lama yang di bina mengadap laut Mediteranian yang di bina pada tahun 1477.Untuk masuk ke sini pelancong luar di kenakan bayaran 30pound (Sekitar RM10).
Kenapa di namakan Quitbay? Sebab ia di bina oleh Raja Quitbay ler...hehe
Bukan selalu bergambar kat kota lama kan...Jadi manfaatkan peluang yang ada.
Setiap bahagian dalam bangunan ini ada lobang-lobang kecil yang berfungsi sebagai tingkap dan membawa angin dari luar masuk.
Dalam bangunan ini ada 4tingkat semuanya.Di bahagian atas ialah ruang bilik tidur untuk tentera dan raja.Manakala bahagian bawah tempat simpanan senjata dan makanan. Tempat yang RA bergambar ini adalah di tingkat dua betul-betul atas pintu masuk utama kubu ini.Ada lobang bagi tentera di atas menyalurkan senjata atau makanan ke bawah.
Memang luas dan kukuh kubu ini.dari sini kita akan dapat lihat kota Iskandariah dari tepi laut.
Alamak mafla RA terbalik la pulak....Di luar kubu ini terdapat pelbagai gerai yang menjual barangan cenderahati yang boleh tahan murah.Anda hanya perlu tawar menawar sahaja.
Jam 1130pagi kami selesai urusan melawat dan membeli belah barangan cenderahati di Quitbay,cadangnya nak terus makan tengahari.Tetapi kedai masih belum di buka.Jadi kami lepak minum jus buah di salah sebuah kedai jus di tepi jalan.Buah-buah kat sini sangat segar dan besar-besar yea.Tengok je manga mereka tu.Sebesar tapak tangan RA.
Jus nenas , Delima , Pisang Manga saiz xxl , Oren dan macam-macam lagi di jual kat sini.Harga sekitar RM4 segelas sahaja.RA mestilah nak cuba air delima.Rehat-rehat minum sambil menikmati angin laut Mediteranian di hadapan kedai kami.
Lepas sahaja lepak minum kami ke kedai yang menjual makanan laut.Pemandu kami bilang dah jemu asik makan nasi arab jadi dia suruh kami cuba masakkan laut di sini.Udang kat sini memang terbaik...baru keluar dari laut katanya.Ikan tu tak pasti pulak ikan apa,tapi di bakar dan di letakkan sos ikan bakar stail Mesir punya.Perah dengan limau perrghhh sedap beb.
Sotong pulak jenis sotong kutira kot, sebab tengok macam bahagian badan dia dah di potong kecik-kecik.Sotong yang jenis candat tu tak ada katanya.Sebab orang kat sini tangkap sotong guna pukat jaring bukan mencandat macam kat malaysia.Nasi tu ala-ala nasi goreng tapi gemuk-gemuk dan pendik.Sayur pulak dia bagi terung goreng,tomato dan bawang mentah memang kena ada pada setiap menu pak arab ni....sedap pulak tu....hehehe.
Sotong pulak jenis sotong kutira kot, sebab tengok macam bahagian badan dia dah di potong kecik-kecik.Sotong yang jenis candat tu tak ada katanya.Sebab orang kat sini tangkap sotong guna pukat jaring bukan mencandat macam kat malaysia.Nasi tu ala-ala nasi goreng tapi gemuk-gemuk dan pendik.Sayur pulak dia bagi terung goreng,tomato dan bawang mentah memang kena ada pada setiap menu pak arab ni....sedap pulak tu....hehehe.
Kami solat Jamak Zohor dan Asar di salah sebuah masjid yang terkenal di sini iaitu Masjid Abu Al-Abbas Al Mursi , iaitu di ambil nama sempena nama seorang ahli sufi terkenal di Mesir.Terdapat makamnya bersebelahan masjid ini.
Jom kita lihat bahagian dalam masjidnya pula.
Jom kita lihat bahagian dalam masjidnya pula.
Selesai sahaja solat kami singgah ke Perpustakaan Iskandariah , iaitu perpustakaan yang tertua dan terbesar di dunia juga merupakan tapak warisan Unisco.
Di hadapan patung Alexandria di hadapan perpustakaan.Nak masuk boleh tadi tak di benarkan kamera.Ramai sungguh pelajar-pelajar di sini dah jadi tempat lepak diaorang daa.
Bangunan asal perpustakaan ini ada yang telah di ubah suai sedikit mengikut peradaran zaman.Keluasanya pun telah di besarkan.
Lawatan seterusnya ke Taman Montaza.Jarak dengan perpustakaan cuma sekitar 10-15km je tapi dengan keadaaan trafik yang agak sesak di sini mengambil masa 45minit untuk tiba.Sepanjang perjalanan melalui laluan tepi laut dengan bangunan-bangunan rumah pangsa dan apartmen yang kebanyakkannya tidak di cat.
Ok , sampai sudah di sini.Masa amik gambar ni RA lepas lompat je terus jatuh terduduk macam nangka busuk daa..Nasib baik tak ramai orang yang nampak.Malluuuuuuu.....Gambar di hadapan Istana Al-Haramlik.Istana ini dahulunya merupakan istana Gabenor Abbas II iaitu pemerintah terakhir dalam Dinasti Muhammad Ali.
Dengar-dengar dia mempunyai ramai isteri dan gundik dan semasa ia hendak di gulingkan dia telah membunuh kesemua isteri dan gundik-gundiknya.Istana ni juga pernah di diami oleh Presiden Hosni Mubarak.Di sekitar istana ini di jadikan Taman Bunga Istana dengan keluasan 150 hetar.Besar kan....
Dulunya ada kedai-kedai dan kafe di bawah tempat RA duduk tu tapi mungkin tak dapat sambutan tu yang jadi terbengkalai.
Wah sibuk betul pemandu pelancong RA nie main "games" di telefun bimbit.hehe.Di satu sudut lagi terletaknya istana ke 2 iaitu Istana Salamlek yang akan di jadikan hotel.Buat masa sekarang tidak di benarkan masuk untuk lawatan kerana masih dalam perancangan.Tak jauh dari Istana Salamlek ada kawasan pantai yang di dirikan marina untuk kapal layar, kafe dan juga pub.
Angin kat sini memang kuat dan awan semakin berarak mendung.Seperti mahu hujan.Walaupun kata pemandu pelancong kami di Mesir nie memang jarang hujan tapi kami tetap berjaga-jaga kot-kot basah lecun pulak nanti.Lepas sahaja solat jamak Margrib di masjid di dalam taman ini hujan pun turn mencurah-curah.Hujan rahmat katanya...Memang mesir jarang hujan.Tapi memang rezeki kami terima hujan masa kat sini.
Memandangkan hujan dah turun jadi kami batalkan makan malam kami di kota Iskandariah ini.Kami terus pulang ke Kaherah malam tu jugak dan makan malam kami di salah sebuah restoran di RNR di tepi lebuhraya.Makan malam nasi arab kami malam ini.Harga makan kat RNR di sini memang cekak darah hahaha....Kami bertiga kena pau dekat RM150.Apapun redha je lah.Ok esok kita sambung lawatan di Kaherah pula yea,tunggu di keluaran esok.
No comments:
Post a Comment