Tuesday, July 3, 2012

Perancangan Minit Terakhir

 Murtabak Singapura cukup sinonim dengan kedai mamak.Uli berkali-kali dengan minyak kemudian tebar menggunakan minyak sekali lagi.Pokoknya semuanya mengunakan minyak dari mula di siapkan sampai di masak.Inti daging,telur & bawang memang menjadi adonan penyedap murtabak ini.Sama juga dengan ikatan persahabatan aku dengan teman-teman ku yang terjalin sejak sekian lama.Petang itu aku mendapat panggilan dari Kak Ros mengajak aku bersama-sama teman yang lain untuk memasuki Singapura bagi mengambil Olie dan kemudiannya ke Restoran Hjh Maimunah yang terletak di Jalan Pisang.Muka-muka ceria terpancar walaupun kecewa sebab restoran itu sudah pun tutup saat kami tiba di sana.(tiba pun dah kul 845malam)

 Sebab itu cerita tentang Murtabak Singapura ini menjadi topik utama dalam blog kali ini.Kesempatan bersama teman yang lain di panjangkan dengan lawatan ke Marina Garden by the Bay yang baru sahaja di buka kepada umum minggu ini.

   Bermain,bergambar,berriadah sambil menikmati suasana malam di sini cukup menenangkan.Perasmian akan di buka pada Ahad ini dan aku tengok latihan perasmian giat di lakukan sejak malam ini.

 Memandangkan acara lawatan ini di buat secara tergesa-gesa dan mengejut,maka ramai lah yang mengikuti pada malam itu memakai pakaian yang cukup berformal sebelum mencari tandas utuk menukar baju.(panas katernya).

 Sebenarnya tapak Marina Garden By the bay ini di bina atas tanah yang telah di tambak dan terletak di belakang Marina Bay Sand Hotel.Tiang-tiang berbentuk pokok ala dalam filem "The Avatar" atau pun dengan kata lain "cerita manusia berekor" (kata seorang teman-sebenarnya dia tak tau nama filem tu).

  

 Dramatik ketika bergambar adalah kelebihan kami-kami ini semua.Kalau bahagian bunga-bunga memang kesukaan Kak Ros dan Nik.Sebab itu mana ada bunga situlah ada mereka.Siap panggil kami bergambar bersama.

  Persahabatan memang tidak dapat di beli dan di nilai dengan wang ringgit.Ianya merupakan ikatan persaudaraan yang bukan hanya ada dan setia di waktu senang sahaja,malah di waktu susah.

Simbolik persahabatan kami abadikan di dalam gambar ini.Kasut & Kaki yang selalu memerlukan antara satu sama yang lain.

  Bak gambar di bawah ini,setinggi mana pun naiki pokok buatan manusia ini,kita harus melihat kawan-kawan kita yang dibawah. 


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....