Saturday, July 7, 2012

Riadah di Iskandar Puteri Treasure Hunt

  Hari ini aku mencatat sejarah dalah hidup aku sendiri.Tidak pernah sekalipun seumur hidup aku memasuki mana-mana pertandingan "Treasure Hunt" dan hari ini aku sudah buktikan.Setiap kumpulan yang ingin memasuki pertandingan ini hanya boleh memiliki maksimum 4ahli sahaja dan aku bernasib baik mendapat Sharon, Siti & Abang Mokhtar menjadi ahli kumpulan

 "The CH'Rian"

Acara di mulakan tepat jam 12 tengahari,tetapi sebelum itu sesi bergambar dan taklimat di berikan seawal jam 11pagi.

Soalan dan laluan perjalanan juga di berikan pada masa yang sama.Di fahamkan seramai 164 kumpulan mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan ini.Soalan-soalan yang diberikan juga amat rumit dan memeningkan kepala.Tapi apa pun tujuan aku dan teman-teman memasuki pertandingan ini untuk suka-suka dan timba pengalaman pertama kami.Tidak pada Abang Moktar,sebab dia sudah banyak kali memasuki pertandingan-pertandingan seperti ini.


 Sejurus semboyan permulaan di mulakan , hujan pun turun membasahi bumi Johor Bahru dan juga membasahi kesemua peserta-peserta pertandingan.Payung dan baju hujan menjadi pelindung bagi setiap peserta & aku juga tidak terkecuali.Ada ujian berkumpulan di adakan di Galleria @ Kotaraya.Kami di kehendaki menyanyi sambil menari dengan mengikut kreativi ahli kumpulan.

Yang bergambar ini pun tak agak-agak,pantang di suruh bergambar pasti nak berkepak dan bersayap.

 Ini antara jawapan bagi soalan-soalan "Treasure Hunt".Payah juga nak selesaikan sebab soalan-soalannya banyak yang mengelirukan.Aku pun dah tak ingat apa soalannya.Tapi yang paling aku ingat soalan ini "kembalikan 6pagi" - Jawapannya : Maxis (SIX AM=di terbalikkan).Pening kan nak mencari jawapan papa tanda untuk jawapan ini.

 

Kami harus menyelesaikan semua soalan sebelum masa tamat pada pukul 4petang.Laluan yang kami lalui adalah 

Jotic - MBJB - Pejabat Pos - Jalan Tan Hiok Nee - Jalan Trus - Galleria @ Kotaraya - Jalan Ungku Puan - Jalan Lingkaran Segget - City Square - Jalan Meldrum - Bangunan MIC - OCBC - Pejabat pos - MBJB - Jotic 

(jumlah jarak 4.5km)

Alhmdulillah kami sampai tepat jam 4petang semula di Jotic walaupun ada sebahagian soalan bonos yang tidak lengkap kami jawap.Tidak memenangi apa-apa hadiah,tetapi pengalaman dan kepayahan  yang aku dan kawan-kawan aku lalui tidak dapat dibayar dengan wang ringgit

Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan yea.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....