Wednesday, July 11, 2012

Teman Dalam kehidupanku

 Hai,apa khabar? Kali ini aku saja nak kongsi-kongsi cerita tentang rakan-rakan dan sahabat yang berada di sekelingi aku.Aku cukup bersyukur kerana kehadiran mereka ini dalam hidup aku.Walaupun banyak kerenah tetapi mereka inilah penyeri dalam kehidupan aku.


  Ini adalah Abang Sani,Isterinya Akak Haslina serta anak-anaknya.Mereka ini aku dah anggap seperti keluarga aku sendiri. Anak-anak mereka dah aku anggap seperti anak saudara aku sendiri.Perkenalan aku dengan keluarga Abang Sani dah lama terjalin hampir 13tahun.Semuanya secara kebetulan.Ini semua keja si Juzaili lah.Masa dia belajar kat Jordan dia menyamar guna gambar aku kat MIRC kemudian berkenalan dengan Akak Haslina dan Abang Sani.Bila dia balik Malaysia dan jumpa Abang Sani dan keluarganya di KLIA,mereka terperanjat muka tak sama seperti dalam gambar.Tu yang tak pasal-pasal dia bawak aku kenalkan dengan keluarga Abang Sani ini.Tak sangka diam tak diam dah 13tahun kami berkenalan.Dari anak-anak dia masih kecil sampai lah dah besar panjang pun :)

  Yang ini pulak Helmi dan Simon (sebutan C-Mon).Aku kenal Helmi zaman MIRC jugak.Tapi aku kenal Helmi melalui adik angkat aku Ahmad Zack Hafizulhafiz yang sudah pun meninggal dunia kira-kira 10tahun yang lalu.Aku kenal Helmi ini,sejak dia habis belajar di UPM,terus dia kerja kat Gaints Shah Alam kalau tak silap.Dia dapat tawaran kerja kat UK dan kemudian pulang  bekerja di Singapura.Dah 10Tahun pun aku kenal dia.Sekarang dia menetap di Switzerland.Aku kenal Simon pulak dari Helmi semasa dia sambung belajar di Singapura.Pandai cakap Indonesia dan suka makan masakan Melayu terutama sekali sambal belacan.Keluarga Helmi duduk di Port Dickson dan dah aku anggap macam keluarga aku sendiri.

 Yang ini pulak pasangn suami isteri Olie dan Azie.Kenalan mengeteh aku.Azie dulu adalah salah seorang ahli di Kelab kecergasan Clark Hatch dan selepas tamat keahliannya,aku di kenalkan oleh salah seorang kenalan di kelab tersebut dengan mereka.Si Azie nie pandai buat kek,maklumlah belajar dari Chef dan suri rumah sepenuh masa.Bermacam-macam jenis kek dia buat sampai aku pun tak tahu nak menyebutnya.(sebab aku peminat aiskrem je).Tapi kalau nak tempah kek dia,tempahlah masa mood dia tengah sempoi,sebab orang cakap rasa kek itu ikut mood orang yang nak masak.Baru lah boleh dapat kek-kek yang sedap-sedap.Si Olie suaminya pulak adalah rakyat Singapura yang menetap di Johor Bahru tetapi bekerja di sana.Jadi hari-hari ulang alik ke Singapura,nasib baik kat Sembawang je,tak jauh.


 Yang dua gambar kecik ini pulak pasangan Nik/Fuad dan juga pasangan Kak Rovita/Bro Champion.Mereka-mereka ini rakan-rakan mengeteh aku jugak.Lepas je habis gym,pasti ajak mengeteh dengan mereka.Kalau ada majlis makan-makan,mereka-mereka inilah yang menjadi penyeri.Tak seronok kalau mereka ini tiada.Nik adalah surirumah dan Fuad bekerja di Iskandar Malaysia.Kak Rovita adalah seorang guru dan suaminya adalah pegawai polis.Kenal mereka semua di Kelab Clark Hatch.

 Amboi tersenyum lebar nampak dua orang kawan kita ini yea.Yang pakai cermin mata hitam ini namanya Abang Moktar a.k.a Mork dan yang si "chubby" tersenyum manis ini nama nya Abang Yunus dan dia biasakan diri dia Nus ajerr."Hai saya Nus" katernya.Abang Yunus ini berkerja sebagai pensyarah di UTM (tunjuk nama kad je terus dapat diskaun kau),dan dia juga salah seorang bekas ahli Kelab Clark Hatch.Masa mula-mula kenal abang Yunus nie dia agak sedikit sombong , tapi lepas dekat sebulan lebih jadi ahli di kelab tersebut barulah nampak yang dia nie boleh bawak kamcing.Dulu lepas habis kelas menari di studio atas,dia kerap menyanyi-nyanyi lagu Korea.Dia ini boleh tahan kuat juga bila ketawa,sampai hentak-hentak meja pun ada.Abang Mork pulak bekerja di salah sebuah syarikat pembinaan.Kenal dia melalui abg Yunuslah.Dah dekat 3tahun dah aku kenal mereka ini.

Salah seorang pasangan mengeteh dalam kumpulan kami adalah kak Ros dan Abang Mat.Kenal mereka ini pun masa kat gim.Masa tu Abang Mat ini,kalau tengok muka dia sedikit garang,maklum lah pegawai polis.Nak tegur pun takut.Yang selalu aku bertegur sapa ialah dengan bini dia,Kak Ros.Kenal masa kelas basikal dan dah bila selalu lepak kuar mengeteh terus jadi kamcing.kami pergi Singapura,Jakarta,Pulau Sibu,Melaka bersama-sama dalam satu kumpulan. 

 

Ini pulak namanya Tasya.Aku kenal dia sejak anak dara sampai lah dah kawin sekarang.Hampir 7tahun juga aku kenal dia.Masa tu di Tasya ini kepala giler-giler sikit,kitaorang lepak gie disco (dululah sekarang tak) dan karaoke bersama-sama.Last aku kuar holiday dengan dia masa ke Singapura bersama tunang dia.Dah Jadi isteri orang pun.

 Haa yang gambar pakai baju pengantin ini pulak namanya Mona dan yang lelaki tu suami dia Firdaus.Mona ini kawan sekelas aku masa sama-sama belajar di SMPT.Lama aku kenal dia sejak tingkatan 1 lagi.Manakala yang dok berpeluk amik gambar dengan aku kat sebelah ini pulak adalah Ally.Kenal Ally pun dari seorang kenalan.Ally ini orang KL dan aku kenal dia masa sama-sama bercuti ke Desaru.masa tu dia masih single mingle lagi,tapi sekarang dah ada anak seorang.Apapun aku doakan yang terbaik buat kawan baik aku yang dua orang ini.


 Ini pulak teman-teman aku yang paling sporting bila di ajak bercuti keluar negara.Firas,Danny,K-rool dan Shark.Pergi bercuti dengan diaorang memang sempoi.Tak kering gusi dengan kerenah mereka.Selain merehatkan minda aku terhibur dengan telatah mereka.

 
  

 Ini pulak kawan aku yang bernama Raymond Chew.Lama dah kenal dia dekat 6tahun lebih kot.Dia seorang guru dan kadang-kadang menjadi teman peneman aku menonton wayang dan lepak makan.Orangnya simple saja,tapi tak suka pada "crowded",rimas katanya.Mungkin kehidupan dia sebagai guru yang sentiasa di kelilingi ramai orang membuatkan dia mahu kehidupan di luar lebih privasi sedikit.

 

 Haaaa....ini pulak kawan baru kelas spinning aku.Nama dia Sharon berketurunan Kadazan dari Sabah dan bekerja di Johor Bahru.Sempoi dan satu kepala dengan aku.Kami boleh "get long" jadi takde masalah untuk jadi kawan baik aku.

 

 Itu sahaja buat setakat ini...hari pun dah lewat malam dan aku pun nak tidur.

- Selamat Malam Semua -




4 comments:

Anonymous said...

so sweet naz.. tq2..
MuchLurve from Ally & Lysha

RioAzzaro said...

haha...sama-sama

Chemistorychew.blogspot.com said...

!!! FYI... kita dah kenal 7 tahun la... Haha... Thanks for being my friend... Sorry for being as what you've describe... Haha.... Kinda speechless when you describe me in such way... Haha.... Apa2 pun thanks... Really appreciate....

RioAzzaro said...

owh yea?? 7yrs haa? gettin old already la bro,tak boleh ingat..haha.
tks 4 being my frenz too

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....