Tuesday, March 6, 2012

Di Malay Village Harijadi Faiz


 Semalam bertempat di "MALAY VILLAGE" Nusa Bistari , aku merai kan majlis ulang tahun tertunda anak salah seorang teman gym aku Nik & Fuad yang bernama Mohd Faiz.
Majlis berlangsung jam 8malam , tetapi di sebabkan menanti satu lagi family yang baru bermastautin di JB , aku tiba lewat jam 845malam.Makanan pada malam itu memang menyelerakan.Maklum la tengah lapar lepas habis kelas basikal di GYM.

TOMYAM CAMPUR
IKAN SIAKAP 3RASA
UDANG GORENG BUTTER
SAYUR CHAP CHAI
AYAM MASAK BLACK PAPER
AYAM GORENG KUNYIT
NASI PUTIH
AIR SIRAP



Bersama teman-teman seangkatan dan juga teman baru kami dari IRAN , Shadi Parsa & kelaurganya,aku meraikan dan memeriahkan majlis hari jadi anak Nik & Fuad.Paling seronok bila melihat Faiz memotong Kek Angry Bird 3Kilo ciptaan Cik Puan Azie kita.
Gambar sebelum dan sesudah memotong kek harijadi.

Ibu-ibu dan bapa-bapa juga bertambah meriah apa bila bergambar sambil berkepak (sebab mak mertua tak ada) dan ia menjadi ikutan para anak-anak yang datang bersama.Terasa seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai.Hilang stress di tempat kerja sekejap.


Inilah gambar birthday boy yang gembira mendapat hadiah dari teman-teman ayah dan ibunya.Tak tahu la hadiah yang aku beri itu sesuai dengan Faiz atau dia suka ke tidak.Sebab beli pun pada saat-saat akhir sampai nak sampul pun tak sempat.Harap Faiz suka yea hadiah dari Pakcik Naz. 
Dan seperti yang sudah-sudah,majlis di akhiri dengan aktivit bergambar , berkepak dan bergimba beramai-ramai.Semua kata senyummmmm.....
Senyummmmm....Jam 1030malam kami semua bertolak pulang kerana esok paginya ada anak-anak teman yang akan bersekolah.Jadi tak boleh balik lewat-lewat malam.



No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....