Sempena minggu Karnival Budaya & Warisan di Johor Bahru,semalam di adakan acara perasmian dan perarakkan di sepanjang Jalan Wong Ah Fook.Perarakan yang sepatutnya berlansung jam 8malam terpaksa di tunda ke pukul 845malam atas faktor cuaca hujan.Bersama teman aku sampai seawal jam 750malam dan tidak sangka bertemu Nik dan Shadi Parsa sekeluarga.
Menunggu kehadiran dif terhormat iaitu Dato Bandar Johor Bahru yang tiba pada jam 845Malam,acara perarakkan di sambut dengan kompang dan gendang.Selepas sahaja acara memukul gong oleh Dato Bandar Johor,acara di mulakan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh pelbagai bangsa iaitu Cina,Melayu,India dan juga orang asli.Warna warni acara itu di selitkan juga persembahan nyanyian oleh artis jemputan.
Comel tak budak-budak tarian ini? Rata-rata berusia 8-10tahun.Pandai pula menari.Baju yang di pakai oleh mereka juga cukup istimewa dan berwarna-warni.Cukup meriah dan menjanjikan.
Aku tak menanti sehingga acara berakhir,sebab perut aku dah berbunyi.Mana taknya dari jam 1tengahari lagi aku tak makan.Dalam berjalanan ke tempat letak kereta aku sempat singgah ke Bazar JB dan terjumpa Karipap yang bersaiz besar ini.Memang besar,masih panas lagi dan sangat sedap.Harga satu karipap ini RM1 sahaja.Memang saiz dia XXX.Selalunya karipap yang paling besar pun XL tapi yang ini cekup sedap dan besar.Puas hati dengan harganya.
2 comments:
Tarian budak2 tu adalah sekolah saya.....terima kasih kerana memasukkan gambar anak murid saya dalam blog anda....
sama-sama....yea...mereka semua comel-comel/cute
Post a Comment