Kegilaan melanda di Legoland semalam.Keluarga Abang Mat dan Kak Ros baru sahaja membeli Pas Tahunan untuk masuk ke taman Tema ini,jadi nak merasa mainan yang mencabar katernya.
Masuklah ke Pulau Dino dan mencuba permainan ini,nasib baik tak basah kuyup.Dah dua kali naik benda ini tapi tiap kali tu jugak lah asik kecut perut je.
Masuk pun dah pukul 3petang jadi memang tak banyak permainan yang dapat kami main.Amboi muka masing-masing mengadap kamera mengalahkan kucing terperanjat.Dah jadi 3keping gambar dah kak Ros gie beli.Satu gambar RM30,jadi kalau 3keping dah RM90 lah,teruja katernya.
Penat dah dengan Legoland,esok petangnya iaitu,Ahad aku dok lepak santai makan rojak asma Larkin di Plaza bersama Olie dan Azie.Beli dengan sotong goreng sekali jumlah harganya RM12.40 haa makan bedal lah sorang-sorang.Katernya lepas hantar kek nak ikut sama tengok wayang,tapi janji hanya tinggal janji.....
APA JUGA BERJANJIII.....
KALAU TAK DI TEPATI......
(Dah Macam lagu Wan pulak)
Jadi jam 530petang aku sambung pulak tengok wayang citer "Ngorat" dengan sorang lagi kawan aku.Nak cakap bagus sangat tak lah jugak.Biasa-biasa je,menghiburkan tetapi belum sampai tahap kelakar sangat.Balik umah jam 10malam tapi sebelum itu dok melantak makan lagi kat Taman Perling dengan Nik dan keluarga juga Abang Yunus pulak.Baru balik dari Ipoh katernya....Kak Ros pulak tak dapat join sebab lepas dia keluar dari Legoland petang tu (pergi lagi kali ke2-nak lepaskan perasaan katanya),terus menghilang.
Boleh tahan murah makan kat restoran "Mr Arafat" kat jalan Baiduri ini.Jumlah semuanya RM46.50 untuk 3dewasa/3kanak-kanak.(makan ala goreng-goreng jek)
No comments:
Post a Comment