Saturday, October 20, 2012

Dari Sarapan ke Majlis Kesyukuran

Bertemu kita kembali tuan-tuan dan puan-puan di rancangan "Jalan-jalan versi Orang Johor".Memandangkan pagi ini cukup ceria kita mulakan aktiviti kita dengan makan!!! (makan je lah).Sarapan kita pagi ini di Taman Perling Gerai hujung bersebelahan dengan Masjid Jamek Perling.Kat sini ada jual roti canai,lontong basah,lontong kering,Nasi Ambang,Mee soto,Nasi Lemak & Mee Goreng.Bagi yang bangun lambat dan terbabas tidur dapat makan Roti Canai Sardin je lah yea.Dah puas makan dan bergelak ketawa sambil mengodeh-godeh telefon bimbit,acara bebas pula menyusul.Ada yang nak masuk ke Singapura sebab nak jumpa mak mertua,ada yang nak ke Legoland sebab dah lama tak pergi dan ada pulak nak ke jemputan majlis kawin di Pontian.Tapi apa yang pasti jam 330petang semua akan berkumpul semula ke Jalan Belibis Taman Perling untuk acara Majlis Potong Jambul & Kesyukuran Baby Khayra Izzara anak pada pasangan Ika & Anwar.


Cuaca memang cukup panas tengahari ini,tepat jam 330petang semua yang ada menghadirkan diri ke rumah Ika & Anwar untuk majlis potong jambul & kesyukuran,termasuk yang datang mengunakan GPS.hehehe.Datang terus amik tempat duduk dan pilih makanan yang telah tersedia ala Buffet.Dan inilah dia Baby RARA (nama timangan manja ayah dan bondanya)

 

Mee Rebus,Nasi Minyak dan rojak-rojak menjadi makanan menjamu tetamu yang hadir pada petang itu.Sambil makan sambil berkongsi pengalaman mencari alamat rumah ini.(tiada dalam GPS katernya).hehehe

Tulang masak merah menjadi pilihan abang Mat dan anak-anak Nik.Pandai betul budak-budak ini makan tulang kambing.

Kehadiran 100% semua hadirin pada petang itu pada jam 4petang.Sebab ada yang tak jumpa jalan keluar dari Legoland,ada yang tersekat di Tuas Check point dan ada yang tak jumpa jalan sebab GPS bagi informasi salah.

Apa yang penting semua selamat sampai dan beraksi dalam kamera bila nak bergambar.

Yang ini pulak meja jajan untuk kanak-kanak yang datang pada hari tu.Orang tua pun tak mahu mengalah nak jugak kan,yealah sebab coklat dan biskut la katakan.Tak kurang jugak yang nak bergambar di sebalik meja itu.

 

Ok yang ini pulak simbolik adik beradik lain mak lain bapak.Kalau tak leh tunjuk kaki,kita tunjuk tangan yea.Pulut kuning tu sedap makan dengan seronding dan Telur Puyuh.

Lagu pelamin anganku musnah menjadi lagu latar bila kami semua bergambar di sebalik pelamin Baby Khayra.Baju merah yang paling tinggi tu kena duduk kat bahagian belakang yea sebab itu syarat-syaratnya,kalau tidak nanti Kak Hasnah isteri abang Jamil marah.

Wah bertukar ganti baju yea si baby ini mengalahkan pengantin.Hujan pulak turun dengan lebatnya di luar.Makin bertambah sejuklah cuaca pada petang itu.

Haa inila dia mak dengan ayahnya,bergambar di majlis potong jambul.Baby pulak dah kepenatan asik kena tegur dan aca oleh tetamu yang hadir,letak je kat buai terus tertidur.Dari luar jendela boleh nampak pelamin si baby ini.

Akhir kata sebelum acara penutup,lawatan ini di akhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.Yang paling tinggi takpe boleh duduk kat belakang sekali sebab warnanya paling meriah dari warna baju-baju kita yang lain.(katerya lah).Terima Kasih kepada tuan rumah kerana menjemput yea.Moga anda sekeluarga di berkati.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....