Saturday, October 6, 2012

JJTW : TAKEN 2

JALAN - JALAN TENGOK WAYANG (JJTW)

TAKEN 2

 Lama dah tak tengok wayang,memandangkan Filem Taken 2 dah di mainkan di panggung wayang,aku pun menyinggah lah ke TGV Bukit Indah untuk menonton bersama teman-teman yang lain.Tiket berharga RM14.00 seorang,sampai jam 8malam tapi tayangan bermula jam 945malam.Mula-mula teringin nak lepak makan dulu kat McDonald , tapi bila lalu depan A&W tergimbau pulak kenangan masa sekolah-sekolah dulu.Zaman sekolah dulu,A&W ini cukup exclusive sangat.Mana tak nya kat kedai ini je yang ada jual Root Beer.Bila dengar Beer je semua orang pikirkan minuman arak tu , jadi bila orang cakap ianya cuma sekadar nama,mula la aku teringin nak masuk makan kat situ.Harga A&W zaman tu memang mahal kena kumpul duit sebulan baru leh makan kat sana tau.(aku bukan anak orang kaya pun)

 Balik pada cerita tadi,aku beli "set meal" A&W yang berharga RM11.50 yang ada aiskrem kat dalam Root Beer nya.Burgernya pulak sangat enak,seenak zaman sekolah dulu.Memang asli,ada daging bacoon lagi tu.Sambil makan sambil main tenet kat telefon bimbit baru aku tu.

 Jam 930malam Kak Ros dan kelaurganya pun tiba (awal pulak dia datang).Tak sempat aku nak cuci-cuci mata terpaksa naik tingkat 3 dan serahkan tiket wayang.Bual-bual sambil menunggu Olie dan Azie pulak datang.Lewat sikit katernya sebab nak hantar anak-anak kat umah mak dia di Perling dulu.

Ternampak pulak poster filem ini,macam cantik je tu yang sibuk nak bergambar sekali.

Sedikit informasi tentang filem Taken 2 ini,ia mengesahkan kesinambungan dari filem Taken 1.Cerita tentang bekas CIA yang dahulunya penah membunuh beberapa Mafia Albania yang pernah menculik anak perempuannya untuk di jual menjadi pelacur di eropah.Keluarga penjenayah tersebut menyimpan dendam dan mencarinya di Istanbul yang pada ketika itu bertugas sebagai pengawal peribadi di sana.Kehadiran bekas isteri dan anak perempuannya untuk bercuti bersama di sana menjadikan filem aksi ini bertambah mendebarkan kerana penjenayah mahu menculik mereka sekeluarga untuk di hukum.Ketangkasan Brian Mills lakonan Liam Neeson memang mempesonakan.Dapatkan dia menyelamatkan anak dan isterinya?? tengok lah sendiri.4* untuk filem ini.


Biasalah lepas habis wayang je kami dok mengeteh kat restoran mamak Habib yang berada di Nusa Duta,sambil menunggu Kak Ros dan Abang Mat yang dah menonong pulang ke rumah...huhuhu.Sekali dia datang bawak motor besar kau.Apa lagi,aku melaram la sikit.hehehe

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....