Saturday, September 7, 2013

Acara Makan-Makan di rumah Lyn

 Terpaksalah letak tajuk macam tu,sebab raya dah abis semalam,tapi aktiviti melawat ke rumah kawan-kawan masih di teruskan lagi malam ini.Dah tu sempat lagi bergambar kat depan Habib sebelum nak ke Taman Putri Wangsa di Ulu Tiram iaitu rumah pasangan Lyn & Nazri.Malam minggu lah katakan ,jadi semua berpeleseran sekejap kat luar sebelum menuju ke destinasi.

 Bila sampai je haa tu dia terus bukak meja.Menu menjanjikan kat rumah Lyn Asam Pedas Kepala Ikan Merah,Daging masak lada hitam dan makaroni keju bakar katernya.Abislah anak patung anak-anak lyn di kerjakan Nik hehehe.

 Haaa perkenalkan kawan baru RA,nama dia Morris.kalau Diel ada "Tomok" dan Geena ada "Achilles",RA pun ada lah huhu.Tembam tak dia? Geram pulak bila tengok kucing orang tembam dan besar-besar ini.Tuan rumah cakap dia bela kucing ini sejak umur setahun lagi.

 Tengok tu orang nak pegang dia pun nak pegang jugak si Azie nie.Tapi tu lah bulu dia cepat gugur sekarang kater tuan nya.Jinak pulak tu tak takut dengan orang.

 Amboi makan bertambah nampak? Abang Yunus awak tu tak boleh makan makanan laut banyak sangat yea...Jantung tu baru nak baik hehehe.Mentang-mentang nampak Ikan Merah kat atas meja nafsu makan tu kena kawal jugak.

 Tekan-tekan TV terus nampak siaran Langsung Akademi Fantasia kat Astro.Rupanya Zizan jadi pengacaranya? ermm boleh lah,sesejak RA jarang tengok TV nie Astro pun RA dah tak guna dah.Kalau nak tengok jugak nanti pergi la umah kawan-kawan.

 Di akhir lawatan sebelum pulang macam biasalah acara riang-ria kanak-kanak Ribena (kelas kau Jah) bergambar di mulakan.Macam-macam aksi kucing dan otomen ada.Apapun terima kasih pada tuan rumah Lyn dan Nazri sekeluarga yang menjemput kami semua bertandang ke rumah anda.RA & rakan-rakan juga mendoakan moga ayah anda yang di tahan di wad moga cepat-cepat sembuh dan dapat pulang di rumah.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....