Saturday, April 1, 2017

Larian Maraton Malam Iskandar Puteri 2017


 RA baru berjinak-jinak dengan larian akhir-akhir ini.Tu pun sesejak mengikuti larian setiap hari Rabu anjuran Run For Malaysia di NongChik.Jadi setelah percaya pada diri yang RA boleh buat larian maraton maka RA pun daftar lah masuk ke larian tahunan anjuran Iskandar Puteri ini.Memandangkan masih lagi baru jadi RA ambil kategori 5KM sahaja.Ini pun atas sokongan rakan-rakan dari Run For Malaysia juga.Pendaftaran di kenakan bayaran RM50 seorang.Di berikan T-Shirt , bag berisi cenderahati , di sediakan juga makanan dan minuman ringan semasa dan selepas larian , cabutan bertuah dan juga pingat bagi mereka yang menghabiskan larian.
Jadi bertempat di Kota Iskandar jam 9malam , kami semua berkumpul sebelum di lepaskan.Ramai sungguh yang mengikuti maraton ini.Ada 4ketegori semuanya.5KM , 10KM 21KM dan 50KM.Tengok tu muka-muka bersemangat yang tiba seawal 8malam.
Sebelum memulakan acara mesti amik gambar dulu...amik mood larian orang kata.
 Muka-muka bersih suci sebelum larian.nanti dah lari tengok lah muka masing-masing abis semua susuk keluar.hahahaha.
Ini lah no bertuah RA...G500.Amik 5KM pun jadi lah dari korang yang takde lari nie hehehe.
Larian anjuran Iskandar Puteri ini dapat banyak sumbangan dari badan koperat.Katanya akan di jadikan acara tahunan.Haa inilah dia pintu pelapasan untuk kami semua.Punya lah ramai umat malam nie.
 Setiap kategori di lepaskan selang 10minit dan setiap kali di lepaskan pasti percikkan mercun di nyalakan.Meriah sungguh malam ini dah macam hari raya pulak.
 Macam-macam gelagat mereka yang berlari.Ada yang membawa anak mengunakan kereta sorong bayi.Ini semua untuk membawa pendedahan pada anak-anak kepada aktiviti sihat.
 Wah Kak Ros terlebih minum kopi nie...suka nampak tengok bunga api.RA selamat menamatkan larian 5km dengan mengambil masa sejam 5minit.Abis je terus ke meja urusetia untuk menagih pingat hehehe.Cantik tu pingatnya.
 Betul tak RA cakap tadi....tengok muka sebelum (atas) dengan selepas (bawah) larian.Semua dah kepenatan. 
 Inilah Pingat yang kami semua perolehi.Bangga dapat habiskan larian walaupun pertama kali mengikuti larian luar.
Kalau ikut pada ukuran di Jam RA 6.1KM..Jumlah Kalori yang terbakar malam itu ialah 328.8 kalori.Boleh kurus kalau hari-hari macam nie.
 Jam 1045malam kami semua beransur pulang.Maklum lah ada yang dah penat macam-macam sakit kaki datang.Sempat lagi singgah sebentar di kedai mamak untuk mengeteh. 
 Inilah E-Sijil penyertaan bukti RA menghabiskan larian bagi kategori 5km.Harap-harap tahun depan berjumpa lagi.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....