Friday, March 8, 2013

Makan-Makan anjuran Malaysia Airlines

 Nie biasalah kalau dah nampak perjumpaan untuk meraikan syarikat pelancongan oleh Malaysia Airlines memang aktiviti makan jelah.Petang tadi acara ini bermula dengan sesi makan dan gosip-gosip antara pekerja-pekerja di syarikat pelancongan.

 Makanan di taja sepenuhnya oleh Malaysia Airlines Johor Bahru di pejabat urusannya di Persada Johor.Menu utama pada hari itu ialah Laksa Johor & Lontong berlaukkan ayam masak merah dan rendang.

Sayur kacang tempe (ayau lebih dikenali sebagai sambal kacan Jawa) menjadi pilihan utama RA.Memang terbaiklah sebab memang susah nak dapat kecuali jika ada kenduri-kenduri doa selamat je.Rendang Ayam ini pun sedap.makan je lah gamaknya RA ini.Badan pun dah macam boya ini.

Tapi dalam banyak-banyak makanan yang ada,RA suka sekali dengan kek sarang semut ini.Kek tradisional orang Melayu yang jarang-jarang RA jumpa.

 

 Kueh Kek Sarang Semut ini memang terbaik,lembutnya,kenyalnya,manisnya dan garingnya di bahagian atas memang menjadikan selera RA petang tadi membuak-buak.

 Siap bawak balik 4keping lagi tau.(muka tak malu)


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....