Monday, March 11, 2013

JJTW : Oz The Great & Powerful

J.J.T.W : JALAN -JALAN TENGOK WAYANG

OZ THE GREAT & POWERFUL

 

 Semalam RA berkesempatan menonton filem terbaru Disney ini.Bagi sesiapa yang sewaktu kecil pernah membaca atau menonton filem "The Wizard Of Oz",pasti tidak mahu ketinggalan menonton filem "Oz,The Great & Powerful" ini.Ia bukannya sambungan malah permulaan sebelum cerita The Wizard of Oz.

 RA terpaku dan terpukau melihat dunia fantasi ciptaan Disney ini dan pastinya menarik jika dapat menonton dalam bentuk 3D.Ia menceritakan bagaimana seorang lelaki bernama Oz boleh termasuk di dalam dunia yang lain yang penuh dengan magis dan fantasi.Beliau membantu seorang ahli sihir baik menentang ahli sihir jahat yang tamakkan kuasa.

 

Sebelum tayangan bermula sesi bergambar di luar panggung wayang memang aktiviti wajib kami.

 Abang Mad pun gembira sebab dapat hadian ulang tahun kelahirannya dari RA dan Fuad-Nik.

 Betul cakap abang Mad "lepas ini dok pikir nak ganti pulak" hahaha...tapi selain dari itu kami bagi juga sekadar mengingati kawan-kawan.Tayangan habis jam 1115malam.Keluar je panggung wayang cadang makan di Habib Nusa Bistari tetapi akhirnya terjebak makan steamboat pulak.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....