Diam tak diam dah nak masuk tahun 2015.Rasanya baru semalam merasai tahun 2014.Begitu cepat masa berlalu dah hari ini sudah berada di ambang tahun 2014.Tak ada apa-apa perancangan pun hari ini cuma kat Legoland dengar cerita ada pertunjukkan bunga api bersempena menyambut tahun baru.RA dah pun berpakat dengan Nik+Fuad sekeluarga dan rakan sekolah lama RA untuk melihat bunga api di sini tapi akhirnya hanya Nik sekeluarga sahaja yang dapat hadir.
Sebelum ke Legoland RA dah pun menempah Pizza untuk makan sambil menonton bunga api.Tapi di sebabkan mereka semua tiba lambat , memang habis la RA makan sorang.Pizza tengah panas-panas sedap pulak tu.Beli dengan geng sekolah lama RA,Ashlina namanya.Memang murah dan tersangatlah sedap.Pizza 10Inci ini RM20 + cheese lebih RM5.Makan memang juling biji mata.sedapp wooo.Nak nak bila makan sorang-sorang memang tak pandang kiri kanan dah.
Ok jam 730malam RA dah mula masuk ke Legoland.Dapat cermin mata 3D untuk tengok pertunjukkan bunga api berirama & 3D.Bila pasang je cermin mata dan lihat kat lampu-lampu semuanya jadi macam Lego.Tu belum lagi tengak kat bunga airnya lagi.
Semua masa ni tengah mencuba cermin mata yang terlah di terima.Sambil-sambil tu mencari tempat terbaik untuk melihat bunga api dari jarak yang agak jelas.
Tepat jam 8malam muzik di mainkan dan bunga api di letupkan.Suasana masa ini cukup-cukup riuh rendah masing-masing jakun tengok pertunjukkan bunga api berirama.Nak nak di tambah dengan mengunakan cermin mata 3D,memang menyerlah lah.Pertama kali RA tengok bunga api guna cermin mata 3D memang terbaiklah.
Jam 815malam pertunjukkan bunga api pun habis.Perut masih lapar lagi dan hajat nak jumpa kawan-kawan lama.Perjumpaan memang dah di aturpun dari petang tadi.Ke Restoran Di Abang Simpanglah kita.Tetiba rindu nak makan Kueh Tiew Goreng si Iwan yang sedap ini.Rakan-rakan yang lain tiba selepas 30minit masa beredar."On De Way" Katanya.Jadi malam di ambang 2014 adalah kenangan RA bersama-sama kawan lama kan.
Antara menu - menu simple tapi hebat di Restoran di Abg Simpang.Mee goreng , Kueh Tiew Goreng (menu wajib cuba) dan yang terbaru Nasi Lemak Goreng (gureng guna nasik lemak daaa)
Tengok tu anak Nik habis makan sepinggan nasi lemak goreng tu.Iwan memang tak penah kedehut malam tu juga dia bagi RA rasa rendang daging yang baru akan di perkenalkan dalam menu barunya.Memang sedap wooo,nak-nak kalau di makan bersama nasi lemak.
Apapun inilah kenangan manis RA di ambang 2014.Tiada aktiviti berfoya-foya cuma aktiviti mengeratkan Silaturahim sesama rakan-rakan.Jam 11malam dah balik rumah sebab esok Johor adalah hari bekerja.Selamat tinggal 2014..dan Selamat Datang 2015 !!!!
No comments:
Post a Comment