Di berikan kepercayaan membawa sekumpulan warga kerja syarikat guaman untuk lawatan ke KLCC & Sunway Lagoon pada cuti minggu bersempena hari keluarga mereka.RA boleh katakan lawatan ini macam lawatan jalan-jalan cari makan + lawatan mesra keluarga.Hari pertama kami tiba di KL di sediakan menu buffet untuk makan tengahari.Menu utamanya ialah Nasi Beriani gulai kawah (maklumlah hari Jumaat katernya) di Kafe Rumbia Hotel De Palma.
Jam 130 tengah hari kami dah mula bergegas ke KLCC untuk lawatan ke Petrosains.Ini semua nak beratur naik ke aras atas mengunakan kapsul masa katernya.Masa banyak terbuang menunggu giliran di sini,hampir sejam tersekat.Kalau tau baik naik tangga ke tingkat atas.
Macam-macamlah ada kat dalam nie...memang berbaloi bayar terutama untuk anak-anak belajar Sains dan teknologi.Habiskam masa dekat 3jam di sini sebelum kami semua ke Aquaria KLCC pula.
Puas tengok ikan di Aquaria,jam 7malam bergerak untuk makan malam di Restoran Rebung milik bersama Chef Ismail dan Sheikh Muzafar.Sedap ok daging masak salai dan pucuk ubi masak tempoyak dia.
Ada macam-macam menu kampung kat sini.Berbaloi bayar RM50 satu kepala untuk buffetnya.Kami dapat bilik yang besar sikit sebab kumpulan kami memang ramai.Apa pun memang terbaiklah makan kat sini semua puas hati.
Jam 9malam masing-masing dah mula letih.Jadi untuk tidak melingahkan masa kami semua bertolak ke Sunway Lagoon Resort tempat kami semua bermalam.Sementara tunggu kunci semua bergambar dulu yeaa...
Semua dah dapat kunci bilik masing-masing,masa untuk berisitirehat.Esok sambung lagi yea.
No comments:
Post a Comment