Saturday, January 12, 2019

JJNM : KAFE THE PINGGAN

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN 

KAFE THE PINGGAN - JALAN TAMPOI

 Hari ini RA dengan Geng Cik Kuntum dan Geng Krik Krik nak makan kat laur pulak.Tempat yang RA cadangkan ialah di Kafe The Pinggan yang terletak di bangunan rumah kedai baru di Jalan Tampoi Susur 1,berhadapan dengan Kilang Kertas Gan Seng Printing. 
Petang Sabtu memang sesuai makan kat sini jalan pun tak lah sibuk.Kalau waktu kerja jalan depan kafe nie selalu jek sesak dengan kenderaan yang nak masuk dan keluar kilang.Tu dia geng Cik Kuntum seawal masa yang di tetapkan sudah muncul.
 Kafe The Pinggan nie rasanya baru setahun beroperasi kot.Haa korang boleh je tengok lokasi mereka nie kat lamn-laman sosial di atas tu.Menu-menu yang di sajikan adalah pelbagai dari masakan tempatan hingga ke Barat.Contoh nie ialah Nasi Goreng Tomyam Special.
 Teh O leman dan Nasi Goreng TomYam nie sedap juga.Harga Nasi Goreng Tom Yam ini kalau tak silap RA harganya dalam RM10.00 ke RM15.00 sepinggan rasanya.Lupa lah.Sedap dan sedikit pedas dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.
 Antara masakan baratnya ialah Fish & Chip , saiznya sederhana dan rasanya RA boleh bagi 3 setengah dari markah penuh 5.
 Ini  pulak menu special di sini iaitu Volcanic Beef Burger yang berharga sekitar RM25 dan Spagetti Aglo Olio.Volcanic nie boleh bagi 4bintang.
 Dua menu seakan sama tetpi berbeza iaitu Chezzy Chicken Chop dan Crispy Chicken Chop biasa.Yang Chezzy tu mestilah ada cheese kat atas dia tu.Harga RM15.90 yang ada Cheese dan RM13.90 untuk Crispy.
Oh yea air suam di sini di kena kan bayaran 50sen secawan sebab air keluar dari mesin Coway.Suasana kafe kosi dan sesuai untuk seisi keluarga.Ada dua bahagian ruang makan.Satu di bahagian dalam (rasanya berhawa dingin) dan satu lagi di bahagian terbuka ini.Servis mesra cuma penghantaran pesanan tu masih boleh di baiki.Korang yang nak mencuba boleh lah datang ke sini.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....