Sempena cuti hujung minggu di awal tahun baru ini Geng Krik-krik yang tinggal tak seberapa nie ada buat lawatan 3 serangai.
Rangkaian pertama makan-makan di Restoran Pak Lah di UTM.Makan nasi campur katanya.Jam 12tengahari dah tiba di sini.Lauk pauk di restoran ini agak biasa-biasa jika di bandingkan pertama kali RA ke sini tahun 2015 yang pernah meriah dengan pelbagai menu.
Lawatan rangkaian ke 2 ialah ke Cendol Mak Siti di tepi lebuhraya Pontian-Skudai berhampiran Kampung Ulu Choh.Makan Cendol kat sini mesti dapat diskaun kalau bawak artis popular zaman 80an sekali bersama.Siapa artis tu? Biarlah rahsia.
Rangkaian ke 3 , bila semua dah kenyang jom kita senangkan hati di Forest City Johor.Banyak sunggah pembangunan yang cepat membangun di sini.Nampak tak? Pesat sunggah kan...
Di dalam bangunan pusat jualan unit rumah di Forest City.Kalau nak beli apartment kat sini boleh buat temu janji dengan RA.RA agent hartanah berdaftar tau.
Heran pulak bila semua orang lain dapat terbang tinggi tapi ada dua penampakan yang masih tak boleh terbang.Sayap rosak ke bang?? hehe.
Sama tak? sama kan...haha...semua pengambaran di sini di ambil di tepi pantai Forest City.Tapi tidak di benarkan mandi yea.Kalau nak mandi boleh pergi ke kolam renang yang di sediakan percuma.Cuma daftar nama dan anda di benarkan mandi di kolam renang.
Ehhh ada hanjing....jangan risau itu cuma anjing laut sahaja.Kasi la dia muka nak bergambar dengan retis-retis ini.
Entah tak tau nak cakap apa lagi..gasak korang la nak bergambar camana...haha.
RA nak rehat kejap kat epal ini.Mau makan tak abis 3biji tu.
Nasib baiklah makcik kat tepi bag tu tak di suruhnya amikkan gambar kami.Lepas dia,dia...lepas dia,dia....
Haa nie dia lagi..layankan je la nak amik gambar tepi pokok bunga katanya.Biar cantik sikit gambar bila pamirkan.Tu pijak rumput tu nasib baik tak kena wisel dengan Jaga taman.hehe...Ha kawan-kawan yang dari luar kawasan , kalau datang ke JB jangan lupa singgah di Forest City yea.
No comments:
Post a Comment