Cuti-cuti sempena Tahun Baru Cina nie RA ke Muar menghadiri jemputan kawin anak kenalan RA.Perghh Lebohraya Utara Selatan dari Skudai ke Sedenak jangan cakap lah.sepanjang jalan tu sesak dengan kenderaan.Bayangkan jam 1030 pagi RA dari tol Skudai dan tiba di Dewan MRSM Muar (tempat majlis perkahwinan) jam 1.15tengahari.Perjalanan yang hanya mengambil masa sejam 45minit boleh lajak hampir 3jam.adehhh...
Selesai sahaja menghadiri majlis tersebut RA di ajak oleh seorang lagi rakan yang memang ada di majlis tersebut ke Bukit Mor.Katanya dah terlanjur datang bila lagi nak pergi kan.Memandangkan keadaan lebuhraya yang masih sesak jadi RA termakan lah pujukkan dia ke Bukit Mor.Nasib baik ada bawa baju tambahan.Terus ke masjid solat Jamak Zohor dan Asar , tukar baju dah kami terus ke Bukit Mor.Puncak Bukit Mor berketinggian 164.2meter sahaja dan traknya agak landai.Haaa batuan inilah yang pertama sekali RA panjat.Bukit Mor ini guna terkenal dengan kisah Lagenda Batu Belah Batu Bertangkap dan Kapal si Tanggang tau.
Trak Bukit Mor nie agak landai dan kadang-kadang je curam.Suhu di dalam hutanya agak suam,mungkin di sebabkan kami naik jam 2petang keadaan di dalam hutan kurang berangin.Boleh tahan berpeluh jugak lah bila ikut laluan trak yang sedikit berlicin berpasir nie(lama tak hujan kan).Bila sampai ke tahap ke dua RA kena melalui trak berbatu yang agak besar sedikit.Laluan Bukit Mor walaupun tidak tinggi tadi dia mempunyai banyak laluan.Di katakan ada 3 laluan masuk pertama dari ladang kebun durian , satu lagi dari arah lombong di belakang Bukit Mor dan yang satu lagi yang paling orang ramai guna ialah dari hadapan ladang kelapa sawit.RA guna laluan dari ladang kelapa sawit sebab senang nak letakkan kenderaan.
Haa ini lah orangnya yang bertanggungjawap membawa RA ke sini.haha.Bergambar di batu Rock & Roll dan di pokok Meraga berlobang.Usia pokok meraga nie di anggarkan dalam 20-40tahun.Usia Abang Lan pulak? hehe biarlah rahsia,tapi beliau masih mampu memanjat tau hehehe.
RA pun nak ambik gambar kat pokok nie.Tengok tu sikit punya berpeluh dalam hutan sebab keadaan dalam tu agak suam-suam jugak ler dengan tiada hembusan angin langsung.
Macam yang RA bilang tadi ada banyak laluan untuk ke Puncak Bukit Mor.Jika silap jalan kita pasti pusing-pusing di tempat yang berbeza silap-silap sedar,kita balik semula ke tempat letak kereta kita semula hahaha.Tu tak pe lagi ada sesetangah penduduk tempatan bercerita,ada yang siap jumpa Batu Belah Batu Bertangkap di sini.Sesetengah penduduk tempatan percaya lagenda batu itu memang ada di Bukit Mor.Benar atau tidak Wallahuallam.Tapi trak di sini tidak lah securam ,hanya 85% laluan adalah landai dan lokasi yang curam tu tidaklah sesukar mana.Apa yang RA boleh katakan trak sini memang sesuai untuk para pendaki yang baru nak berjinak-jinak mencuba.Gambar yang RA rakam ni dari pucak batu belakang Bukit Mor.
Kat sini anda boleh lihat pemandangan tasik kuari , ladang kelapa sawit dan Selat Melaka nun jauh di sana.Alamak hari dah mula mendunglah.
Kami masih belum sampai ke puncak lagi,gambar ini di ambil dari arah belakang Bukit Mor yang terdapat banyak batuan dan sesuai untuk bergambar.
Abang Lan hati-hati naik batu tu.Hari dah mula mendung kat belakang tu.Patutkah kita bergerak pulang dan membatalkan pendakian sampai ke puncak? Akhirnya kami mengambil keputusan untuk segara turun sebelum hujan turun sebab guruh sudah mula kedengaran dan pancaran kilat pulak dah nampak di hujung sana.
Tapi sebelum RA turun , sempat jugalah RA rakamkan pemandagan-pemandagan indah dari puncak Batu Bukit Mor.(bukan puncak paling atas yea).
Ada pemandangan tasik , gunung-ganang , selat melaka , ladang kelapa sawit dan lombong kuari.
RA terpaksa tamatkan pendakian RA setakat ini sahaja.Agak terkilan sebab tidak dapat menaiki hingga ke puncak.Tapi bersyukur di hidangkan dengan pemandangan yang cukup indah nie.Insyallah ada masa RA akan ke sini lagi dan terus ke puncaknya.Terima Kasih Abang Lan yang menjadi juruarah RA di sini walaupun salah sikit masuk lorong tapi kau memang "cool" haha.
No comments:
Post a Comment