Selamat Pagi Laut Celebes.Pagi ini bangun awal semata-mata nak lihat matahari terbit.Cantik sungguh suasana pagi di atas resort ini.
Dari gelap hingga ke terang matahari mula terbit dari ufuk timur.Tenang dengan tiupan angin yang menderu.Masa ini kami semua ke bilik paling hujung untuk melihat keindahan ini.
Ada yang baru bangun tu masih menatapi keindahan di hadapan bilik.Nak tahu tu lah bilik kami bermalam semalam.Bawah tu air dah surut memang sesuai turun mandi.
Dan di sinilah malam semalam kami dok lepak makan jajan dan berbual sambil menikmati angin malam.
Lepas je sarapan RA dah turun ke bawah untuk melihat batu karang dan mandi manda sepuasnya.Air laut sangat suam-suam dan cetek sangat.
Beberapa teman yang lain turut turun tak mahu melepaskan peluang yang jarang-jarang ada ini.
Selain batu karang dan ikan-ikan yang cantik terdapat juga banyak tapak sulaiman yang cantik-cantik di sini.Kusyuk Encik Jaafar mendengar penerangan dari RA yea...haha penerangan konon.
Sebenarnya tapak Sulaiman yang ini tidaklah membahayakan batu karang atau manusia.Yang bahayanya tapak sulaiman mahkota berduri tu.Yang tu bahaya pada manusia dan batu karang.
Comel tak tapak-tapak sulaiman nie? Dah rasa macam katon Spongebox pulak.Setakat ini cuma dua jenis tapak sulaiman ini sahaja yang banyak terdapat di sini.Warna merah jambu ke kuningan dan warna biru.
Haa tengok mereka dah terlebih teruja nak melihat sendiri dari dekat.semua kami turun ke bawah yang perempuan pulak tak jadi turun sebab kami cuma mempunyai masa sejam setengah sahaja sebelum feri resort membawa kami pulang ke daratan di Semporna.
Selamat tinggal Lato-Lato Resort.Selamat Tinggal Bohey Dulang yang dari jauhan.Kami pasti akan datang kembali.Esok dah nak berangkat pulang jadi sebelum tengahari kami semua kena berada di semporna dan meneruskan perjalanan ke Tawau pulak.Malam ni bermalam di Tawau lah kita yea.
Sebelum ke Tawau sempat bergambar dengan udang kara yang di jual di tepi jeti.Amboi bawa lah balik kalau nak hehehe...Murah je tu.
Setelah sejam 30minit perjalanan dari Semporna RA tiba di Bandar Tawau.Tidak lah sebesar mana tapi cukup membangun.Selepas daftar masuk bilik hotel kami semua menuju ke Restoran Makanan Laut Titingan cawangan Bandar Tawau yang terletak di Wisma Jin Ho kira-kira 800 meter dari hotel kami.Orang bilang masakan kat sini sedap dan murah.Sampai memang perut dah lapar jadi menu yang di pesan ialah KERANG REBUS
Sotong goreng tepung , udang XXL masak telur asin
Ada dua versi udang.Satu yang besar dan satu lagi yang bersaiz XXL.
Sayur kailan goreng nie memang ranggup.
Ini ikan kerapu merah masak tiga rasa.Memang terbaik harga seekor cuma RM35 sahaja.Macam tak percaya jek.
Asalnya RA nak pesan ketam masak lada hitam tapi katanya ketam takde yang ada cuma ketam sumbat ini sahaja.Jadi kami balon yang ini je lah.Memang menu ini menu popular kat sini dan ternyata memang menjanjikan.
Kami 9orang makan cuma RM216.40 sahaja.Murah kan...
Perut dah kenyang hati dah senang RA menuju ke Pasar Tanjung Tawau.Nak cari stok ikan bilis katanya.Senang je nak tahu mana pasar ini.Ia terletak sama bangunan dengan UTC Tawau.
Ikan bilis kat sini memang murah tapi tidak semurah seperti di Tanjung Pinang Indonesia.
Ikan Bilis Mata biru jika di Tanjung Pinang tempoh hari RA boleh dapat RM35-RM40 sekilo.
Banyak juga lah makanan laut kering di jual di sini.Ada ikan kurau kering , Ikan Terubuk , Udang kering , sotong dan macam-macam lagi.
Tawau menawar memang kena ada.Diaorang nie kalau kita pandai tawar memang akan dapat harga yang berbaloi.Contoh udang kering nie setelah di tawar menawar dari RM65 dapat RM50 sekilo.
Kali ini RA beli stok ikan bilik kopek dengan udang geragau.Buat stok berbuka di bulan puasa tak lama lagi.Memang bila Ramadahan stok ikan bilis nie lah jadi pilihan RA.Goreng garing-garing dengan bawang dan lada hijau letak kicap dan perah limau perrhhh mau 2pinggan makan tak toleh kiri kanan.hehehe.Oklah cukup untuk hari ini.RA nak berehat di hotel.Malam nie kalau larat RA nak pergi urut badan di kawasan berhampiran.Badan dah sakit-sakit nie.Esok penerbangan kami jam 3petang.Jadi jam 1230tengahari dah gerak dari hotel ke lapangan terbang.Pagi esok lepas sarapan masih sempat berjengkit singgah ke pasar ikan Tawau pulak untuk tengok apa yang patut di bawa balik.Jumpa esok yea.
No comments:
Post a Comment