Hari yang di tunggu telahpun tiba.Hari ini kami ber 7 dari JB akan ke Tawau untuk menyaksikan syurga dunia di sana.Penerbangan Air Asia dari JB ke Tawau ini adalah penerbangan terus dan mengambil masa sekitar 2jam untuk sampai.Selamat tinggal Johor Bahru , selamat datang Tawau....
RA akui walaupun selalu menaiki pesawat setiap kali melanggar awan dan bergegar RA mesti fobia.Yelah pengalaman dulu semasa di Hong Kong masih segar dalam ingatan.
Alhamdulillah selamat sampai di Lapagan Terbang Tawau jam 430petang.Agak panas juga cuaca di sini.Ini pertama kali RA menjejakkan kaki ke Tawau.Dari Tawau kami akan menaiki van ke Semporna kira-kira sejam 30minit perjalanan.
Betul tak RA cakap? panas kan...Matahari tu betul-betul kat bersinar kuat.Tiada menundaan masa dan penerbangan kami tiba tepat pada masanya.Masa nie sibuk nak bergambar sampaikan kena panggil suruh masuk dalam bangunan cepat sebab pesawat yang sama akan meneruskan perjalanan pulang ke Jb semula.Lapangan terbang Tawau tidak lah sebesar mana tapi agak selesa dan teratur.Keluar dari mengambil bagasi kami terus menanti van untuk membawa kami ke Semporna.Di sebabkan hari ini hujung minggu van kami sedikit lewat tiba.Tapi takpe kami menunggu penerbangan dari KL turun menanti Cikgu Ros dan suaminya tiba sekali.45minit kemudian van kami tiba dan kami meneruskan perjalanan ke Semporna.Memandangkan kami tiba agak lewat jadi hari ini kami semua bermalam di pekan Semporna.
Nak makan di semporna nie senang je.Ada banyak kedai makanan laut di tepi tepi jeti.Ada banyak pilihan.Anda boleh beli makanan laut hidup dengan nelayan-nelayan bajau yang menunggu di jeti kemudian hantar di kedai makan untuk di masak atau anda boleh terus ke kedai makan memilih makanan laut yang ada di dalam aquarium mereka.Pilihan di tangan anda.
Ketam masak lada hitam nie memang terbaik.Ketam dan udang kara paling banyak di jual di sini yea.Harga datang dan lihat sendiri memang berbaloi..
Memandangkan malam ini cuma aktiviti santai-santai sahaja kami dok makan sambil di tiup angin laut sepuasnya.
Lepas makan kononnya nak jalan-jalan lah pusing pekan semporna tapi banyak kedai dah tutup awal.Yang jual sayur kobis,labu dan tomato nie berhampiran dengan jeti ikan.Ini hasil kampung masyarakat Semporna yang mereka jual di pasar malam.Selain tu pasaraya Giant dan Watson juga terletak berhampiran dengan hotel kami.Malam ini kami bermalam di Semporna Inn.Oklah RA minta diri untuk tidur dulu.Esok ada misi yang perlu di lakukan.Ta-Ta
No comments:
Post a Comment