Selamat pagi dari Semporna.Ini adalah suasana pagi yang biasa di Semporna.Agak menyedihkan bila tak jauh dari pintu hotel , kita nampak keadaan yang pilu ini.Moga kamu dan adik kamu di lindungi.
RA bangun agak awal juga.Di sini jam 6pagi dah terang benderang.Jam 7pagi RA jalan-jalan ke pasar ikan yang berhampiran dengan hotel RA.Melihat pelbagai aktiviti penjualan ikan dan masyarakat setempat.Memang Semporna terkenal dengan ikan-ikannya.Sampaikan ikan buntal pun mereka jual.Tapi hati-hati jika tidak pandai menyiang pasti akan keracunan dek racun yang ada di badannya.
Ikan pari gergasi dan ikan yu paling banyak mendapat permintaan di sini.
Ada juga ikan di terumbu karang yang mereka jual.Di ceritakan oleh penduduk setempat kebanyakkan ikan-ikan seperti ini di tuba dan selalunya ikan ikan sebegini takde orang yang mahu sebab isi nya tidak berapa enak untuk di masak.Yang RA heran tiada penguatkuasaan terhadap larangan menuba ikan.Ikan-ikan seperti ini sepatutnya di biarkan membiak di batu karang.
Ini sejenis ikan spesis todak.Harga pun tak berapa mahal sangat.Dalam RM5-7 sekilo.
4 Ekor Udang Kara , 2 ekor ketam dan 2 siput ini pulak kami beli dengan nelayan Bajau yang singgah di jeti dengan harga cukup murah iaitu RM30 satu bag.Bawak pergi resort dan makan untuk malam ini.
Selepas bersarapan dan jalan-jalan pusing pasar semporna kami di jemput oleh pengusaha bot dan resort untuk di bawa ke sana.Aktiviti RA hari ini ialah ke Bohey Dulang dan pulau-pulau di sekitarnya iaitu Pulau Matabuan , Sibuan dan perkampungan Bajau.
Penuh satu bot dengan kumpulan kami sahaja.Memang bot ini sangat-sangat lagi tapi adakalanya dia terpaksa memperlahankan laju bila berada di perairan batu karang yang cetek.
Dari Semporna kami ke Lato-Lato Resort tempat penginapan kami untuk malam ini untuk meninggalkan bag bagasi kami sebelum meneruskan perjalanan ke Bohey Dulang.Menurut pemandu bot kami resort kami dengan Bohey Dulang cuma sekitar 20minit perjalanan bot sahaja.Tapi dari Semporna nak ke Resort pulak mengambil masa 45minit melalui beberapa rumah rakit dan Pulau Bum Bum.
Akhirnya setelah 45minit , RA tiba di Lato - Lato Resort.Saat tiba kat sini RA sangat teruja sebab air laut yang cetek dan memang jernih-sejernihnya.Batu -batu karang jangan cakaplah,memang banyak kat sini.
Angin kat sini memang sepoi-sepoi dan RA nampak ada pengunjung yang turun mandi di bawah dengan air cuma sedalam dada sahaja.Kata pekerja resort kalau air pasang paras paling tinggi cuma bahu dan jika surut cuma paras lutut jek.
Setelah bayaran di buat dan meletakkan bag di bilik RA menaiki bot yang sama ke Bohey Dulang pulak.
Jom meneruskan perjalanan ke pulau impian hehehe.
Semakin menghampiri Bohey Dulang air semakin ke hijauan dan jernih kelihatan.
Akhirnya sampai juga di sini.Kat pulau ini tiada tempat tinggal tetapi ada pondok polis dan tentera yang menjaga pulau ini siang dan malam.Pengunjung hanya di benarkan melawat pada waktu pagi sehingga jam 3petang sahaja.
wah-wah semua gembira nampaknya dah sampai...tak sabar nak naik ke atas pulau untuk melihat keindahannya.
Kalau ke Bohey Dulang mesti kena naik ke atas bukit paling tingginya.Jadi pihak pengurusan pulau menetapkan bahawa sesiapa yang nak naik kena pakai kasut yang sesuai atau menyewa dari mereka.Jika tidak mereka tak benarkan naik bagi memastikan keselamatan pelancong.
haa puncak atas tu lah yang akan RA dan mereka-mereka ini daki.Di sebabkan 3dari kami tak bawa kasut dan kasut untuk di sewa juga sudah abis di sewa , maka mereka yang lain terpaksalah menunggu kami sehingga selesai.
Ketinggian Bohey Dulang ini cuma 600meter sahaja.Laluan ada yang berbatu dan kebanyakkan telah di perbaiki sesuai untuk laluan pelancong.Masa RA nak naik memang ramai pelancong-pelancong dari China yang ke sini.Ada yang bawak anak kecik-kecil lagi.
Ala Cikgu Ros, 600 meter tak delah susah sangat kan.Sikit je lagi sampai lah tu.
Dua orang kaki sukan mencuba nasib mendaki hari ini.Lagi 100meter je lagi sampai tu...sikit je lagi hehehe.
Dan akhirnya sampai juga di sini.Panas lit-lit bagai hehehe.
Subhanallah indah sungguh syurga dunia ciptaan Allah ini.
Berada di atas ini seumpama mimpi jadi kenyataan.hehe
Cikgu Rosnah dan suami tiba selepas 10minit RA tiba dan 2orang lagi ahli sukan fizri dan Kak Nini tiba setelah 20minit kemudian.
Sempat kami bergambar bersama di sini.
Sesi fotografi bersendirian bermula hehehe
Rasa macam kat luar negara pulak kan.Indah Bohey Dulang ini.Patutlah dulu menjadi rebutan.
Di ceritakan Bohey Dulang terhasil dari ledakan gunung berapi jutaan tahun dahulu.Lokasi Bohey Dulang ini paling hampir dengan Philipina.
Wah Popia Cheese sudah sampai di Bohey Dulang...Siapa nak tempah boleh hubungi tokeynya Kak Nini di 016-7730104 sebalang RM 15 jek.
Bohey Dulang dari atas dan dari bawah.
Jam 12tengahari kami semua dah turun dan meneruskan perjalanan ke Pulau Matabuan untuk berehat makan tengahari seketika.Terdapat markas tentera untuk menjaga keselamatan pulau dan pengunjung di sini.
Dah kenyang makan kami di bawa ke tengah pulau sedikit untuk snorkeling di sini.Kat sini memang batu-batu karangnya cantik dan ikan memang banyak.Campak je lah sisa makanan tadi pasti berkumun ikan datang.
Dari Pulau Matabuan kami di bawa ke pulau Sibuan pulak.Jarak agak jauh juga sekitar 25minit menaiki bot.Amacam ada macam hero pelakon Baywatch tak hehe.
Air kat sini jernih giler beb.Korang boleh mandi sampai lebam kat sini.Tengok bang Jaafar tu terapung-apung di pantai.
Siapa yang tak gembira lihat air laut sejernih ini.
kat pulau Sibuan ini ada beberapa kampung penduduk Bajau Laut yang meninggalkan tradisi mereka tinggal di bot.Orang Bajau laut di sini membina rumah iaitu lari dari beberapa rakan mereka yang masih memilih untuk tinggal di atas bot di laut.
Haaa buat apa tu cik kiah dan cik senah lawat kampung? Berkenalan dengan anak ikan ke tu hehehe. Berjalan memang tak ingat nak balik yea...puas kami menunggu dua orang ini tak balik ke bot sebab nak pergi snorkeling kat tempat lain lagi sebelum hari petang.
Jam 430petang kami bergerak pulang ke resort dengan air laut yang sedikit surut.
Setelah membersihkan diri , RA berehat mengambil angin laut di hadapan bilik.Sungguh nyaman dan indah sekali.
Saat matahari melabuhkan tirainya RA sempat merakamkan detik-detik indah itu dari atas resort.
Langit Senja melabuhkan tirainya.
Berada di tengah laut saat matahari melabuhkan tirainya adalah detik pengalaman manis di sini.Sayup dan tenang di rasakan.
Senja menjelang.Margrib hadir dan RA perlu segera mengerjakan perintahnya.Selepas solat Margrib perut mula rasa lapar.hehehe.Sambil menanti makan malam siap kami dok berbual-bual dan minum teh di atas resort.
Malam di Lato-Lato dengan angin yang kuat dan pemandangan ini pastikan menjanjikan 1001 kenangan.
Jam 8 , makan malam kami tersedia di hidangkan.Menu utama ketam masak cili wooo....Masing-masing berebut makan hahaha.Lepas makan semua kekenyangan di depan bilik.Untuk pengetahuan semua depan bilik kami ada balkoni jadi malam-malam kami dok melepak di luar balkoni dengar lagu dari telefun bimbit sambil makan kacang dan di buai oleh angin malam.Perghh terbaiklah.Oklah geng...kita jumpa esok pulak yeaa..
No comments:
Post a Comment