Dah lama rasanya RA tak singgah kat kedai makan kawan RA nie.Kedai Makan Di Abg Simpang yang terletak di Nusa Bistari 2 ini menjanjikan menu yang ringkas tetapi sedap yea.Amacam nampak tak mee kawin ni...Campuran dari Kueh Tiew Goreng+Mee Goreng.Memang menyelera dan menjanjikan...
Malam nie RA ada buat pertemuan dengan kawan-kawan sekolah lama.Ala takat jumpa-jumpa borak-borak sebab dah lama sangat tak jumpa diaorang nie.Jadi pertemuan di buat di sini yang kebetulan kedai kawan sekolah juga.Siapa lagi nak sokong perniagaan kawan-kawan kan kalau bukan kawan-kawan sendiri.
Korang kalau ke sini jangan lupa mencuba kopi 3 layer nie.Sedab beb...memang kaw habis.Yang penting pakai gula melaka yea..
Bandung 3 layer nie pun sedap.Korang boleh cuba salah satu.Dua-dua sedap.Air nie produk baru kat kedai ni.
Nak makan makanan barat pun ada.Boleh amik Chicken Chop , Roti John racun ataupun Fish & Chip. Burger jangan cakap lah,ada pelbagai burger dan ablong di jual.Sekali cuba pasti nak datang lagi
Wan oh wan,aku ejas baik kedai ko nie wan oiii hehehe...Oh yea nama tokeh kedai ini Wan.Nama manja dia BigDady haha.
Lama tak jumpa diaorang nie terutama yang 3orang bertudung tu.Sorang kat KL,sorang lagi baru baik dari sakit dan sorang lagi sibuk memanjang menjalankan 3tugas sekali gus.
Yang diri baju hitam tu lah tokeh nya.Muka macam garang tapi dalam hati ada taman.Dialah juga tukang masak dia lah juga tukang buat air dan kadang-kadang dia bantai semua masak burger...abis semua dia pulon sorang hehehe.Amik la pembantu baru Wan oi.senang sikit nanti keja kau tu.
Mak dara sorang nie pantang jumpa kawan-kawan mesti dia nak berswafoto je kejanya.Maklum la turun jb sesekali dah jadi orang KL katanya.Apapun gembira dapat jumpa korang semua walaupun jumpa sekadar makan malam dan sokseh sikit-sikit.Balik KL nanti elok-elok naa...
No comments:
Post a Comment