Kalau ke Singapura tak pergi ke Mount Faber macam tak lengkap pulak lawatan tu.Tempat nie tak jauh dari pusat bandar dan berhampiran dengan Pulau Sentosa.Kat sini memang terkenal dengan Kereta Kabelnya dan ini adalah jalan masuk utama ke puncak Mount Faber jika mengunakan kereta.
Dari sinilah station kereta kabel terhujung sekali yang menghubungkan Pulau Sentosa.Jarak dianggarkan 2-3km untuk sampai.
Tapi ramai yang tidak tahu di Mount Faber ini juga terdapatnya Makam salah seorang kerabat di raja yang cukup terkenal suatu ketika dahulunya iaitu Makam Puteri Raden Mas Ayu.Mungkin korang pernah menonton filem ini kan.
Haa kat belakang Mount Faber inilah terletaknya makam beliau.Mount Faber juga di kenali dengan nama Bukit Larangan dan dahulunya banyak juga cerita-cerita yang mistik dan tidak enak di dengari pasal tempat ini.Cerita paling popular ialah sekitar tahun 40-an semasa penjajahan tentera Jepun.Satu Batalion masuk ke Bukit Larangan ini tetiba hilang.Tapi sekarang tempat ini dah jadi salah satu tempat pelancongan,terkenal dan mesti di lawati oleh setiap pelancong yang datang ke Singapura.
Baru-baru ini RA singgah sebentar disini.Ramai pelancong menghabiskan masa dengan beriadah menikmati kehijauan alam di atas bukit ini.Ada juga sesetengah penduduk membawa burung peliharaan mereka dalam sangkar ke sini.Bawa bersiar-siar katanya.
Jika berada di sini anda akan dapat lihat kawasan sekitar dari puncaknya.Antaranya deretan rumah-rumah pangsa,bangunan-bangunan pencakar langit ,Pulau Jurong dan Pelabuhan Kappel.
Boleh lah ambik gambar macam RA nie.
Kalau nak datang sini lebih baiknya awal pagi.Sebab kalau tengahari cuaca boleh tahan panas juga dan orang ramai.
Selain pemandangan indah & kereta kabel kita boleh lah juga merenggangkan badan dengan aktiviti menaiki tangga dan bukit di sini hahaha.
Terdapat juga salah atu jambatan tercantik di sini iaitu Jambatan Henderson Wave.Haa kalau mai boleh lah singgah ke sini yea.
No comments:
Post a Comment