Friday, March 22, 2019

Teknologi di cipta untuk memudahkan


Salam Juamaat semua,

Rasanya lama RA mengarang warkah panjang-panjang kan.Baiklah memandangkan dah masuk musin cuti sekolah dan pastinya banyak jemputan-jemputan kawin menyusul.RA nak perkatakan pasal jemputan majlis yang di permudahkan oleh orang-orang sekarang.Tak kira lah jemputan apa sekali ada jemputan majlis berkhatan , majlis ulang tahun , majlis ulang tahun perkahwinan dan yang paling banyak majlis jemputan kawin.

Seingat RA zaman dulu2,masa Kakak & Abang RA nak buat majlis kawin, 3bulan sebelumnya mereka dah mula menghantar kad-kad kawin mereka.Mereka sanggup lepas habis kerja jam 5ptg bersama dan tunang pergi ke rumah sanak saudara & kawan-kawan hantar kad jemputan...Yang xsempat tu mereka titipkan kad majlis dengan nama penerima siap terpampang di hadapan kad.Tak kurang yang hantar pakai pos.Walaupun cara ini lapuk setidak-tidaknya mereka tahu berapa ramai jemputan yang mereka panggil.Masalah makanan tak cukup masa majlis pula memang xpernah kita dengar masa tu.Kawan-kawan pun dengan senang hati hadir dan merasa "oh ingat lagi dia pada aku walaupun kat skolah dulu samseng " hehehe
Zaman berubah dan lebih mudah sekarang bila kad kawin hantar cuma melalui WA @ FB @ mana-mana media sosial sahaja....

Yea teknologi di reka untuk memudahkan kita , tapi janganlah sampai teknologi membuatkan kita mengambil mudah segala-galanya.Jemputan dihantar melalui WA pada seorang kawan kemudian mintak kawan tu sebarkan kepada rakan-rakan lain.Bz katanya tak sempat nak WA personal kat kawan-kawan yang lain.Yang duduk jauh pulak jangan cakap nak Pos, nak call pun belum tentu buat.Bila jemputan yang tidak di rancang ni lah terjadinya masalah kt majlis kawin makanan tak mencukupi.Buat tempahan katering untuk 500orang jemputan,tapi yang datang 1500orang.Dah tu nak salahkan katering.Ada kawan-kawan yang xdtg pulak cakap "ala jemput ajak-ajak ayam je tu...tah nanti kita datang bukan dia kenal pun kita".Lebih haru bila jemput sanak saudara guna WA melalui wakil je...macam tak kenal sanak saudara polak....

P/S:
Teknologi memudahkan kita tetapi kita sering MENGAMBIL
MUDAH apa yang telah di permudahkan....
Salam Pagi Jumaat KengKawan - RA 1014HRS/22MAR19

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....