Alhamdulillah,sampai lagi sekali RA di sini.Bila tengok balik gambar yang atas tu rasa macam kat dalam Filem Alice in Wonderland polak hahaha.Mana taknya pokok-pokok dan batu-batu nampak besar jek tu.Pagi ini RA datang membawa kawan-kawan yang lain.Fizri (bag oren) tu hari ni jadi pemandu arah kami masuk dalam Bukit Mor.Kali terakhir RA cuma sempat sampai ke Puncak Batu je tak sampai kat Puncak Selat lagi.Jadi hari ini kita ada banyak masa untuk menjelajah satu bukit Mor ni.Yok ikut RA sama.
Berhampiran dengan lokasi batu-batu besar ini memang terdapat banyak pokok-pokok meraga dan meranti.Besar-besar juga saiznya.Yang kawasan hutan terbakar nie mesti kes orang buang putung rokok sesuka hati.Manusia oh manusia...
Ladang kelapa sawit memang tak boleh lari dari bukit Mor ini.Hampir 40% bukit ini di seliputi ladang kelapa sawit di bawahnya.Ketinggian bukit Mot suma sekadar 235meter je jadi memang la sesuai untuk yang baru kenal dunia hiking.
Macam yang pernah RA beritahu pada bingkisan yang lepas,Bukit Mor terkenal dengan cerita lagenda Batu Belah Batu Bertangkup.Jadi tak heran lah kalau terdapat banyak batu-batu bersaiz gergasi di sini.
Ada tapak kuari di belakang Bukit Mor dan airnya bewarna biru gelap.Untuk ke sini anda perlu berjalan sekitar 3km menuju ke puncak batu.Kat sini lokasi paling popular di kalangan pendaki kerana pemandangan tasik kuari , Pekan Parit Jawa dan juga gunung ganang serta Selat Melaka nun jauh terbentang di hadapan.
Semua buat muka comel la tu konon....
Pagi ini keadaan berjerebu dan kabus , jadi pemandangan terbatas sekitar 5km sahaja.Kalau dulu RA pergi sampai Selat Melaka boleh nampak dari sini.
Boleh berehat untuk santai-santai bergambar atau makan bekalan makanan yang di bawa di sini.Alhamdulillah pagi ini keadaan agak redup cuma kurang berangin.
RA ke puncak tertinggi Bukit Mor iaitu yang di namakan orang Puncak Selat.Tapi pemandangan agak terhad kerana di litupi dengan semak dan pokok-pokok.tapi di sepanjang perjalanan ke puncak RA di sajikan dengan pelbagai bentuk batu-batu gergasi di sekitarnya seperti batu penumbuk di atas ini.
Paling menarik di sini kita boleh bergambar sepuasnya kerana pemandangan yang indah.
Ini gambar RA kat puncak batu bersama Jalur Gemilang.
Ok beberapa keping gambar di atas puncak tasik kuari yang sempat di rakamkan
Di larang turun ke bawah kuari dari Puncak Batu kerena laluan agak bersimpang siur dan kemungkinan untuk sesat adalah 80%.Sebab agak ramai juga yang sesat di bawah tu.
RA kongsikan beberapa keping gambar di dalam hutan Bukit Mor.Batu-batu gergasi yang pasti menjanjikan pengalaman baru buat pengunjung.
Biodiversiti yang masih lagi belum tercemar.
Terdapat juga kebun durian bersebelahan bukit Mor.
Pemandagan dari atas tasik kuari.
Nampak tak airnya gelap kan?
Laluan kenderaan dari bawah kuari.Selalunya pintu masuk ke kuari ini di tutup.Belakang tu ladang kelapa sawit yang menghijau.
Pemandangan semasa menuruni Bukit Mor.
Kalau korang turun dari puncak Bukit Mor ada dua simpang gunakan simpang pertama pasti korang jumpa pemandangan ini.
Lokasi ini menjadi kegemaran RA
Sebelum pulang kami sempat singgah ke Jeram berhampiran bukit Mor.
Rezeki kami jumpa Pokok Senduduk Putih yang amat jarang dan sukar di temui.Lokasi nya biarlah rahsia kami semua.
Sebelum pulang ke rumah kami semua menikmati keropok lekor dan goreng pisang berhampiran rumah RA.
1 comment:
Terbaik sahabat
Post a Comment